suria

[V] Perlu RM400 ribu tampung pengajian di Amerika, Jasmine Suraya jual barang peribadi

PELAKON Jasmine Suraya terpaksa menjuala beberapa barangan peribadi termasuk kereta kesayangannya bagi menanggung kos pengajiannya di Los Angeles (LA) bermula April ini.

Jasmine atau Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 35, berkata, sepanjang setahun pengajian di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg dia memerlukan wang sebanyak RM400,000.

"Apabila mata wang negara turun, mahu ke Amerika memerlukan wang yang banyak kira-kira RM300,000 ke RM400,000.

431176137_18420101824007942_2237726150409810305_n

Ibu sokong Jasmine jual harta demi pengajian.

"Jadi saya jual barang-barang saya seperti kereta dan benda peribadi lain yang sudah tidak ada nilai.

"Barang yang ada harga, saya simpan manakala yang lain saya jual dan laburkan kepada perkara lebih baik," katanya kepada mStar.

Jasmine berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa ajuran Mask Team yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmine Suraya dan Hawa Rizwana jadi bomba, tak sangka ada semangat juang dalam diri

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Keluarga tak halang pilih jalan hidup sendiri, isu agama peribadi buat Jasmine Suraya

Dalam pada itu, Jasmine berkata, dia juga berasa terkilan apabila permohonan mendapatkan bantuan di beberapa agensi kerajaan dan swasta tidak mendapat perhatian.

Katanya dia sudah melakukan pelbagai usaha namun gagal mendapatkan dana pengajian untuk tempoh setahun di Los Angeles.

Memang kecewa sebab sudah hantar banyak permohonan.

JASMINE SURAYA

PELAKON

"Saya cuba telefon dan mesej tapi tidak dilayan... Memang kecewa sebab sudah hantar banyak permohonan," ujarnya.

Sementara itu, Jasmine memberitahu dia akan bertolak ke Los Angeles pada malam Jumaat namun akan singgah ke London untuk bercuti.

406208966_18398566837007942_3414111321089258593_n

Jasmine kecewa permohonan dana tidak berjaya.

"Esok malam (hari ini) saya akan berangkat ke London untuk bercuti selama dua minggu sebelum meneruskan perjalanan ke LA.

"Pengajian saya akan bermula pada awal April," jelasnya.

Pada November lalu, Jasmine memaklumkan bakal menyambung pengajian dalam bidang lakonan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain