suria

Sarung tudung sebab dibayar, Rozita Che Wan minta selebriti malu pada Allah

Rozita menasihatkan selebriti menutup aurat kerana Allah dan bukannya disebabkan manusia.

PELAKON Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal apabila terdapat golongan selebriti sanggup menyarungkan tudung demi bayaran lumayan dan bukan kerana perintah Allah.

Rozita atau Che Ta, 51, berkata, golongan selebriti dan wanita secara umum perlu ikhlas menutup aurat kerana Allah dan bukannya disebabkan arahan manusia dan wang.

"Ramai orang perempuan dekat luar sana terutamanya selebriti sanggup sarung tudung cuma sebab dapat bayaran.

Untitled design (39)

Rozita turut menasihati anak perempuannya mengenai menutup aurat.

"Jadi model tudung bukan sebab perintah Allah tapi sebab perintah manusia dengan bayaran.

"Jangan macam itu, malu dengan Allah. Allah tak suruh buat tapi manusia suruh, terus buat sebab duit. Nauzubillah," katanya.

Rozita berkongsi mengenai perkara itu ketika menghasilkan video bersama anak perempuannya iaitu Aaisyah Dhia Rana di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Rozita Che Wan dapat semula IG 5.1 juta pengikut

ARTIKEL BERKAITAN: Rozita Che Wan tak akan keluar rumah tanpa solekan, ambil kad laporan anak pun pakai ‘contact lens’

Menerusi video tersebut, Aaisyah sedang sibuk membuat manisan sambil mengenakan tudung berwarna biru.

Bagaimanapun kapsyen ditulis isteri aktor Zain Saidin itu mencuri perhatian netizen.

"Dia (Aaisyah) kata bulan puasa di nak pakai tudung. Saya kata pakai tudung ini bukan bulan puasa sahaja.

Che Ta kecewa ada selebriti yang berhijab kerana duit.

Rozita memang gemar berfesyen tetapi masih tahu batasan.

"Bukan seronok-seronok pakai sebab jadi model tudung tetapi tutup aurat ini wajib sama macam solat dan puasa," katanya.

Netizen turut menyokong dengan apa diperkatakan oleh aktres tersebut dan berharap kaum wanita akan mengambil nasihat diberikan dengan hati terbuka.

"Salute la Che Ta! Mendalam betul kapsyen Che Ta. Terbaik," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain