suria

Tiada keperluan bina ‘chemistry‘ dengan pelakon wanita di luar set - Wan Raja

Wan Raja tidak menjalin chemistry bersama pelakon wanita di luar set penggambaran.

PELAKON Wan Raja secara peribadi tidak akan membina keserasian dengan mana-mana pelakon wanita di luar set penggambaran drama atau pun filem.

Wan Raja atau Saiful Redzuan Abu Bakar, 46, juga tidak akan mewujudkan sebarang hubungan di luar waktu bekerja semata-mata untuk mendapatkan keserasian bersama pelakon lain.

"Saya bukan jenis orang yang nak bina keserasian di luar set penggambaran. Nak lepak-lepak minum, kenal hati budi.

Wan Raja bersikap profesional ketika bekerja.

Wan Raja profesional ketika berada di set penggambaran.

"Saya ini orangnya straight to the point. Saya hanya buat apa perlu dilakukan ketika waktu bekerja," katanya kepada mStar.

Wan Raja berkongsi perkara itu ketika sidang media drama Malang Si Puteri yang diadakan secara dalam talian pada petang Khamis.

Bergandingan dengan Fasha Sandha dalam drama tersebut, Wan Raja menegaskan cinta lokasi yang sedang hangat diperkatakan sama sekali tidak akan berlaku kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut nak makan sembarangan, Wan Raja kurus sebab Gerd... Pernah alami anxiety sampai susah tidur

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lakon adegan ranjang bersama Afieq Shazwan, Fasha Sandha sedia diserang warganet

Apatah lagi dia dan Fasha sudah banyak kali bekerjasama dalam drama malah isterinya iaitu Yaya Maembong juga terbuka jika mereka digandingkan bersama.

"Kami sudah banyak kali juga bekerjasama sebelum ini, jadi tak ada isu siapa sondol siapa atau sondol-menyondol tidak ada.

"Isteri saya pun kalau tahu saya akan berlakon dengan Fasha, dia tidak sebarang masalah kerana tahu Fasha bagaimana orangnya.

Saya dan Fasha memang rapat jadi keserasian itu sudah sedia ada.

WAN RAJA

PELAKON

"Sama juga dengan Aidil dia pun tidak ada masalah sekiranya kami berlakon bersama. Saya dan Fasha memang rapat jadi keserasian itu sudah sedia ada," ujarnya.

Wan Raja memberitahu dia juga tidak pernah bersikap memilih untuk bekerja dengan mana-mana pelakon wanita.

Dia hanya akan berkongsi tentang heroin berkenaan jika watak diberikan berunsurkan romantik.

Barisan pelakon drama Malang Si Puteri. Dari kiri: Hafreez, Wan Raja, Fasha Sandha, Aidit dan Malek.

Barisan pelakon drama Malang Si Puteri (dari kiri) Hafreez Adam, Wan Raja, Fasha Sandha, Aidit Noh dan Malek McCrone.

"Saya bukanlah kena minta kebenaran isteri hendak berlakon dengan pelakon wanita lain.

"Jarang sangat bawa watak romantik, selalunya karakter diberikan kepada saya semuanya jahat," ujarnya.

Selain Wan Raja dan Fasha, drama Malang Si Puteri turut dibintangi oleh pelakon popular termasuk Raja Azura, Hafreez Adam, Malek McCrone dan Aidit Noh.

Drama 50 episod ini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Ria pada pukul 6 petang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain