suria

Didi Astillah bergurau kena serbu Jawi, ada sebab ‘upload‘ video Bella dukung Ruhainies

Didi bergurau mengenai serbuan JAWI di siaran langsung TikToknya.

TINDAKAN adik kepada Bella Astillah memuat naik video mempamerkan kemesraannya bersama pelakon Ruhainies di Instagram baru-baru ini menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Menjelaskan perkara itu, Didi Astillah memberitahu dia berkongsi video berkenaan kerana tidak mahu orang ramai tertanya-tanya mengenai individu ditangkap bersama abang iparnya, Aliff Aziz.

"Nanti korang tertanya-tanya siapa. Jadi saya tolong korang, jangan keliru. Kalau geram, kan suka gigit yang macam tu (sambil menggigit bibir).

size NP 1 (49)

Didi ketika bersiaran langsung di TikTok milinya.

"Biasalah kebelakangan ini banyak kegeraman yang berlaku," ujarnya.

Menerusi video berdurasi 28 saat itu memaparkan kemesraan Ruhainies dan Bella ketika menghadiri beberapa acara selain berkunjung ke sebuah pantai.

Kedua-dua mereka juga dilihat berkunjung ke Korea Selatan apabila mereka mengenakan pakaian tradisional Hanbok.

Lebih buat penonton sakit mata apabila Bella mendukung aktres itu dibelakang badannya sehingga ramai yakin mereka bersahabat baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik ‘upload‘ video mesra Bella Astillah dan Ruhainies, dada netizen pula macam kena tusuk pisau

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman CCTV individu mirip Aliff Aziz dan Ruhainies tersebar

Dalam pada itu, Didi seakan-akan memerli seseorang apabila membuat video point of view (POV) pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) datang membuat serbuan.

"Alamak tolong Jawi datang. Tangkap basah, tangkap basah," katanya.

Menerusi siaran langsung di Tiktok, Didi yang sedang bersahur sempat begurau dengan adik lelakinya ketika itu.

size NP 1 (52)

Didi bersama Bella sewaktu JAWI jalankan serbuan di kondominium mewah didakwa milik Ruhainies.

Sebelum ini, Didi mengesahkan dua pasangan pelakon yang ditangkap basah itu adalah abang iparnya dan Ruhainies.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.

Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakandua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain