PENGGUNAAN produk pelindung matahari atau 'sunscreen' merupakan satu amalan biasa dalam masyarakat kita hari ini.Namun, seorang pemuda mencetuskan perdebatan ramai apabila mempersoalkan manfaat penggunaan pelindung matahari. Menurut pemuda itu, dia melihat masyarakat zaman moden seolah-olah menganggap matahari sebagai 'musuh' disebabkan sinaran ultraungu (UV)."Selama beribu-ribu tahun, manusia tidak menggunakan pelindung matahari. "Tiba-tiba, apabila tiba zaman moden, manusia mengatakan cahaya matahari berbahaya disebabkan sinaran UV," tulisnya.Hantaran itu menarik perhatian ramai sehingga seorang doktor estetik, Dr Noor Syazwani Redzwan, tampil menjelaskan tanggapan berkenaan."Matahari bukanlah sesuatu yang buruk untuk kita. Malah, matahari membekalkan vitamin D pada awal pagi. Kita pakai 'sunscreen. kerana beberapa sebab,” katanya.Antara sebab yang dikongsikan ialah:1. Lapisan ozon semakin menipisMenurut Dr Noor Syazwani, lapisan ozon yang semakin menipis menyebabkan lebih banyak sinaran UV berbahaya berpotensi sampai ke permukaan bumi.2. Pendedahan berlebihan boleh merosakkan kulitDia menjelaskan pendedahan berlebihan kepada sinaran UV boleh menyumbang kepada masalah pigmentasi serta mempercepatkan kerosakan kolagen.Kesannya, kulit boleh kelihatan tidak sekata, lebih cepat berkedut dan kehilangan keanjalan sehingga menjadi kendur.3. Penggunaan merkuri boleh merosakkan perlindungan semula jadi kulitDr Noor Syazwani turut menyentuh sikap segelintir kaum Hawa yang obses untuk mendapatkan kulit putih sehingga sanggup menggunakan produk mengandungi merkuri."Gadis Melayu obses nak putih sampai sapu merkuri pada muka. Lapisan melanin yang melindungi kita daripada sinaran UV itu ranap," katanya.Perkongsian itu dibuat menerusi aplikasi Threads.