Penggunaan produk penggayaan berlebihan boleh menyukarkan kerja tukang gunting rambut. -Gambar hiasan AI
KEBANYAKAN lelaki biasanya akan memotong rambut setiap satu atau dua bulan sekali bagi memastikan penampilan mereka sentiasa kemas dan terurus.Bagi yang masih belajar atau sudah mempunyai kerjaya, penampilan kemas sangat penting kerana ia menunjukkan tahap disiplin serta sikap profesional. Namun, ada satu perkara yang mungkin tidak disedari sesetengah lelaki sebelum mereka pergi ke kedai gunting rambut.Menurut seorang barber dikenali sebagai Izz, pelanggan tidak sepatutnya memakai produk penggayaan seperti pomade, clay atau wax secara berlebihan jika mahu memotong rambut.Dalam satu perkongsian di Threads, dia berkata produk penggayaan itu boleh menyukarkan kerja tukang gunting rambut, selain berisiko menjejaskan peralatan yang digunakan.Pelanggan digalakkan mencuci rambut terlebih dahulu di rumah jika tidak mahu menanggung kos berlebihan. - Gambar hiasan AI"Dah tahu nak datang kedai gunting rambut, jangan pakai pomade atau clay sekilo ya. Boleh rosak mesin atau gunting kami."Kalau pelanggan mahu tambah bayaran RM10 atau RM15 untuk cuci rambut dulu, okey la juga. Ini tidak. Kedekut nak keluarkan duit."Kalau tak nak keluar banyak duit dekat kedai gunting rambut, jangan pakai pomade, clay atau wax. Cuci siap-siap sebelum datang," luahnya.Bagi mereka yang biasa menggunakan produk penggayaan sedemikian, lebihan pomade, clay atau wax boleh menyebabkan rambut menjadi lebih keras atau melekit, sekali gus memerlukan proses tambahan sebelum ia dipotong.Jadi, jika sudah merancang untuk ke barber, pastikan rambut dicuci terlebih dahulu, terutamanya jika anda menggunakan produk penggayaan dalam jumlah yang banyak.Dengan cara ini, pelanggan tidak perlu membayar kos tambahan untuk proses cucian sebelum rambut dipotong.