suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stres muka ‘breakout’ masa jerebu… Rutin ‘skincare’ dah betul tapi jerawat makin naik!

Zarah pencemar dalam jerebu boleh menyumbat pori-pori serta menjejaskan lapisan pelindung kulit. -Gambar hiasan AI

SETIAP kali jerebu melanda, ramai mula mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan terutamanya sistem pernafasan.

Namun, tahukah anda pencemaran udara bukan sahaja memberi kesan kepada paru-paru, malah keadaan kulit wajah juga boleh terjejas?

Buktinya ada dalam kalangan warga maya yang mendakwa kulit wajah mereka mula mengalami masalah jerawat ketika jerebu, walaupun tidak mengubah rutin penjagaan kulit harian.

Persoalan itu turut mendapat perhatian pakar dermatologi, Dr Lim Ing Kien atau lebih dikenali sebagai Dr Ingky yang menjelaskan bahawa jerebu sememangnya boleh memberi kesan terhadap keadaan kulit.

Menurut Dr Ingky, zarah pencemar dalam jerebu boleh menyumbat pori-pori serta menjejaskan lapisan pelindung kulit.

"Iya. Jerebu (PM2.5) boleh menyumbat pori-pori, merosakkan lapisan pelindung kulit (skin barrier), dan mencetuskan keradangan," tulisnya di Threads.

Apa itu PM2.5?

Memetik portal MyHealthKKM, PM2.5 ialah zarah pencemar udara yang sangat halus, berdiameter 2.5 mikrometer (µm) atau lebih kecil.

Saiznya yang sangat kecil membolehkan zarah ini menembusi jauh ke dalam paru-paru dan sebahagiannya boleh memasuki aliran darah.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ambil ringan jika si kecil jatuh sakit musim jerebu... Perhati 4 petanda ini, usah tunggu hingga anak sukar bernafas

Selain memberi perhatian kepada kesihatan pernafasan ketika jerebu, penjagaan kulit juga tidak seharusnya dipandang ringan.

Menurut Dr Ingky, dua langkah yang boleh diamalkan adalah:

1. Melakukan double cleansing setiap malam bagi membantu membersihkan kulit daripada kotoran dan bahan pencemar yang melekat pada wajah.

2. Penggunaan pelembap yang mengandungi ceramide boleh membantu menenangkan serta melegakan kulit, di samping menyokong lapisan pelindung kulit.

Justeru, jika kulit tiba-tiba mula bermasalah ketika jerebu walaupun rutin penjagaan kulit tidak berubah, keadaan persekitaran juga mungkin menjadi antara faktor yang perlu dipertimbangkan.

Artikel Lain