suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan sekadar fesyen... Perunding imej kongsi makna di sebalik stoking bercorak, cerminan personaliti dan identiti si pemakai

Corak stoking boleh melambangkan identiti individu dalam dunia korporat. -Foto wawaidrisofficial

DALAM dunia pekerjaan, penampilan bukan sekadar soal pakaian kemas, sebaliknya setiap aksesori dipilih juga boleh memberi gambaran tertentu mengenai personaliti seseorang.

Bagi lelaki, aksesori untuk menyerlahkan gaya peribadi mungkin agak terhad berbanding wanita yang mempunyai lebih banyak pilihan seperti tudung, barang kemas, solekan dan barangan lain.

Justeru, stoking bercorak sering menjadi antara ruang kecil untuk lelaki mengekspresikan personaliti tanpa mengubah keseluruhan penampilan.

Pun begitu, pemilihan corak dan warna juga perlu disesuaikan dengan situasi, terutama ketika menghadiri urusan rasmi atau berada dalam persekitaran korporat.

Perunding imej Wawa Idris menerusi perkongsian di Threads berkata, lelaki sememangnya boleh memilih stoking yang bercorak tetapi perlu mengetahui kesesuaian pemakaiannya.

"Kita wanita ada banyak ruang untuk bermain dengan penggayaan tudung, barang kemas, beg, kasut, warna pakaian dan aksesori.

"Tetapi sebagai trainer dalam bidang professional image & grooming, saya bagi tip boleh pakai stoking yang fun, tetapi tengok juga situasi," katanya.

Menurutnya, jenis corak pada stoking boleh memberikan gambaran berbeza terhadap keseluruhan penampilan individu.

1. Corak cili

Stoking bercorak cili dengan warna asas gelap mungkin kelihatan menyeronokkan dan mampu menonjolkan sisi lebih santai serta personaliti menarik.

Namun, corak seperti cili boleh dikategorikan sebagai ‘novelty pattern’ atau corak yang bersifat unik.

Ia mungkin boleh dipakai ketika Casual Friday atau bekerja dalam industri yang lebih kreatif, tetapi sebaiknya dielakkan ketika menghadiri mesyuarat rasmi, bertemu klien, VIP atau mewakili organisasi.

2. Corak kapal

Stoking dengan corak kapal dan warna kuning terang pula memberikan gambaran yang lebih ceria dan playful namun, apabila dipadankan dengan kasut hitam yang lebih formal, ia boleh menjadi titik tumpuan utama dalam keseluruhan penampilan.

Wawa menyifatkan corak sebegini lebih sesuai untuk acara santai atau majlis yang tidak terlalu formal.

"Kapal ini boleh belayar masa casual event tapi jangan sampai masuk board meeting sekali," katanya.

3. Stokin pendek

Selain corak, panjang stoking juga memainkan peranan penting dalam memastikan penampilan individu kelihatan kemas.

Stoking yang terlalu pendek mungkin tidak kelihatan ketika seseorang berdiri, tetapi masalah boleh timbul apabila sedang duduk dan dalam keadaan itu, kulit kaki boleh terdedah di antara hujung seluar dan kasut.

Menurutnya, bagi penampilan kerja yang lebih rasmi, lelaki disarankan memilih stoking sekurang-kurangnya jenis mid-calf kerana lebih selamat dan memastikan bahagian kaki kekal terlindung walaupun dalam apa juga posisi.

Ia juga menjadikan penampilan keseluruhan kelihatan lebih kemas dan terurus, khususnya ketika memakai seluar panjang bersama kasut formal.

Artikel Lain