PENGGUNAAN asid glikolik atau ‘glycolic acid’ pada bahagian ketiak kini menjadi trend selepas tular di media sosial sebagai salah satu cara untuk mengurangkan bau badan dan memperbaiki penampilan kulit.Mudah dibeli dan digunakan, ramai menjadikan bahan aktif berkenaan sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan diri tanpa terlebih dahulu memahami cara pemakaiannya. Namun, penggunaan secara berlebihan atau pada keadaan kulit yang tidak sesuai dikhuatiri boleh menyebabkan rasa pedih, iritasi serta mengganggu lapisan perlindungan kulit.Menerusi perkongsian di Threads, pencipta kandungan gaya hidup dan penjagaan kulit, Anyssa Azmi mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menyapu asid glikolik pada ketiak hanya kerana mengikut trend.Jelasnya, bahan aktif tersebut bukan hanya digunakan pada ketiak, malah boleh disapu pada bahagian siku dan lutut dengan syarat cara penggunaannya betul.Menurut Anyssa, terdapat tiga kesilapan yang boleh menyebabkan kulit menjadi semakin gelap selepas menggunakan asid glikolik.Teknik yang betul dapat memberi kesan yang diimpikan. -Gambar hiasan AI1. Menggunakannya setiap hariTidak dinafikan ramai yang inginkan warna kulit sekata dengan pantas sehingga menggunakannya setiap hari.Bagaimanapun, penggunaan asid glikolik terlalu kerap boleh menyebabkan kulit ketiak mengalami tekanan, terutama kerana bahagian tersebut lebih sensitif dan sering bergesel.Menurut Anyssa, penggunaan asid yang kuat setiap hari berpotensi mencetuskan iritasi dan menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak melanin.Keadaan tersebut akhirnya boleh membuatkan bahagian ketiak kelihatan semakin gelap, bukannya bertambah cerah seperti diharapkan.2. Tidak menggunakan pelembapKesilapan seterusnya ialah membiarkan kulit begitu sahaja selepas menyapu asid glikolik tanpa diikuti penggunaan pelembap.Anyssa berkata, kulit yang dibiarkan kering selepas penggunaan bahan aktif itu boleh menjadi kasar dan kelihatan lebih gelap.Justeru, pemakaian pelembap penting untuk membantu mengekalkan kelembapan serta menyokong lapisan perlindungan kulit.3. Menyapu selepas bercukurAsid glikolik tidak sepatutnya digunakan sejurus selepas mencukur bulu ketiak.Ini kerana, proses mencukur boleh meninggalkan luka halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar pada permukaan kulit.Apabila bahan berasid disapu pada kawasan berkenaan, ia boleh menyebabkan rasa pedih dan iritasi sebelum meninggalkan kesan kehitaman.