suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sembur banyak kali pun belum tentu wangi! Kena tahu teknik ‘body layering’, baru aroma ‘melekat’ sepanjang hari

Golongan wanita perlu amalkan teknik 'body layering' ni supaya tubuh kekal wangi. -Gambar hiasan AI

RAMAI beranggapan menyembur minyak wangi beberapa kali sepanjang hari merupakan cara terbaik untuk memastikan tubuh kekal berbau harum.

Namun sebenarnya terdapat teknik lebih berkesan bagi memastikan tubuh sentiasa harum dan tidak perlu menyembur wangian secara kerap.

Bagi penggemar kecantikkan, amalan body layering atau fragrance layering dikatakan mampu membuatkan haruman bertahan lebih lama tanpa perlu menggunakan minyak wangi secara berlebihan.

Ia sekali gus menjadi ikutan ramai terutama golongan wanita dan lelaki maskulin masa kini.

Menurut perkongsian di laman gaya hidup ZALORA, teknik itu semakin popular kerana bukan sahaja membantu mengekalkan kelembapan kulit, malah membuatkan wangian kekal lebih lama sepanjang hari.

Konsepnya mudah, iaitu menggunakan beberapa produk penjagaan badan mengikut urutan tertentu supaya setiap lapisan saling melengkapi dan memberi kesan lebih optimum.

Menerusi perkongsian itu, berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diamalkan.

Sapuan yang betul dapat membantu melembabpkan kulit. -Gambar hiasan AI

Sapuan yang betul dapat membantu melembabpkan kulit. -Gambar hiasan AI

1. Mulakan dengan losyen

Selepas mandi, sapukan losyen ketika kulit masih sedikit lembap. 

Langkah ini membantu membekalkan kelembapan pada kulit dan menyediakan asas sebelum penggunaan produk lain.

2. 'Kunci' kelembapan dengan body oil

Selepas losyen meresap, sapukan body oil bagi membantu 'mengunci' kelembapan pada kulit. 

Selain menjadikan kulit lebih lembut dan licin, lapisan minyak juga membantu mengurangkan kehilangan lembapan sepanjang hari.

3. Akhiri dengan body mist

Semburkan body mist pada bahagian seperti leher, pergelangan tangan dan belakang telinga. 

Kulit yang telah dilembapkan dikatakan mampu membantu wangian melekat lebih lama berbanding disembur pada kulit kering.

4. Padankan wangian dalam keluarga aroma sama

Bagi mendapatkan aroma lebih seimbang, pilih losyen, body oil dan body mist yang mempunyai keluarga wangian yang sama seperti floral, vanila, buah-buahan atau citrus. 

Cara ini mengelakkan bau bercampur sehingga menjadi terlalu kuat.

5. Jangan gunakan terlalu banyak produk

Body atau fragrance layering bukan bermaksud menyapu produk secara berlebihan, sebaliknya, menggunakan kuantiti bersesuaian supaya kulit kekal selesa, lembap dan mengeluarkan wangian yang lembut dan tidak terlalu menyengat.

Artikel Lain