suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan silap syampu, rupanya badan sedang berjuang! Doktor kongsi pesanan indah buat wanita stres masalah rambut gugur

Masalah rambut gugur sering menghantui golongan wanita. -Gambar hiasan AI

MELIHAT longgokan rambut yang memenuhi lantai bilik air atau tersangkut bergumpal-gumpal pada sikat setiap kali menyikat rambut sememangnya satu mimpi ngeri yang boleh membuatkan ramai wanita berasa cemas.

Lebih membimbangkan apabila masalah itu berlarutan sehingga menjejaskan keyakinan diri terutama golongan ibu di fasa postpartum.

Situasi yang membelenggu itu menyebabkan ramai sanggup berbelanja ratusan ringgit untuk membeli pelbagai produk penjagaan rambut dengan harapan keguguran dapat dihentikan.

Namun menurut Pakar Perubatan Keluarga, Dr Kent Khaw, masalah rambut gugur yang berlaku secara berlebihan tidak semestinya berpunca daripada syampu atau produk penjagaan rambut, sebaliknya boleh menjadi petanda tubuh sedang mengalami ketidakseimbangan.

Menerusi satu perkongsian di Threads, beliau menjelaskan bahawa keguguran beberapa helai rambut setiap hari adalah normal.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sebab gout! Ini punca sebenar tumit rasa tajam menyucuk apabila pijak lantai selepas bangun tidur

Namun, jika rambut gugur secara mendadak dan dalam kuantiti yang banyak, keadaan itu mungkin dikenali sebagai telogen effluvium, iaitu apabila sejumlah besar folikel rambut memasuki fasa keguguran serentak akibat gangguan dalam badan.

"Jangan terburu-buru membeli syampu atau produk yang tular di media sosial tanpa mengetahui punca sebenar masalah.

"Sebaliknya beri perhatian pada kesihatan dalaman terlebih dahulu dengan memastikan pengambilan protein, zat besi dan nutrien mencukupi. 

"Jika perlu, suplemen seperti magnesium atau multivitamin boleh diambil atas nasihat profesional kesihatan," tambahnya.

Malah beliau menegaskan bahawa rambut yang gugur bukanlah alasan untuk berasa rendah diri, sebaliknya ia boleh menjadi isyarat bahawa tubuh sedang bekerja keras. 

"Tolong ingat, segumpal rambut yang gugur di lantai itu adalah bukti nyata betapa kuatnya badan telah bekerja, bertarung dan berkorban demi menguruskan kehidupan orang-orang yang anda sayang setiap hari," jelasnya.

Makanan tinggi zat besi boleh membantu mengatasi masalah rambut gugur. -Gambar hiasan AI

Makanan tinggi zat besi boleh membantu mengatasi masalah rambut gugur. -Gambar hiasan AI

Berikut antara punca berlakunya keguguran rambut kronik seperti yang dikongsikan.

1. Kekurangan zat makanan atau anemia

Kekurangan zat besi, anemia atau amalan diet yang terlalu ketat boleh menyebabkan badan mengutamakan penghantaran oksigen dan nutrien kepada organ penting berbanding akar rambut.

Akibatnya, rambut menjadi semakin rapuh dan mudah gugur.

2. Perubahan hormon

Perubahan hormon selepas bersalin atau gangguan pada kelenjar tiroid juga boleh menjadi antara punca utama rambut gugur secara berlebihan.

Jelasnya Dr Kent, perubahan hormon yang berlaku secara mendadak boleh mengganggu kitaran pertumbuhan rambut sehingga menyebabkan keguguran berlaku dalam jumlah yang banyak.

3. Tekanan dan paras kortisol tinggi

Selain faktor fizikal, tekanan melampau akibat tuntutan kerja, keluarga atau masalah emosi turut memberi kesan terhadap kesihatan rambut.

Peningkatan hormon stres atau kortisol boleh mengganggu kitaran pertumbuhan rambut dan menyebabkan rambut lebih mudah gugur.

4. Kekurangan tidur yang berkualiti

Tidur yang berkualiti dan memberi ruang kepada diri untuk berehat juga penting kerana proses pemulihan sel badan termasuk pertumbuhan rambut berlaku ketika waktu tidur.

Artikel Lain