KEINGINAN untuk tampil cantik dan yakin dengan penampilan diri membuatkan ramai sanggup mencuba pelbagai tip kecantikan yang dikongsikan di media sosial.Lebih menarik, kebanyakan petua tersebut tidak memerlukan kos yang tinggi kerana hanya menggunakan bahan mudah didapati di rumah, sekali gus menyebabkan ia menjadi pilihan ramai. Tidak hairanlah beberapa trend kecantikan seperti ice facial, air rosemary dan penggunaan air beras terus menjadi bualan apabila ramai mendakwa memperoleh perubahan positif selepas mengamalkannya secara konsisten seperti dilaporkan Times of India.Berikut merupakan lima tip kecantikan yang menjadi antara carian paling popular dalam kalangan pengguna Internet.Air rosemary dapat membantu mengurangkan rambut gugur.1. Ice facialKaedah menggosok ketulan ais pada wajah sebelum mengenakan solekan dikatakan mampu memberikan kesan kulit lebih segar, mengurangkan bengkak pada wajah serta membantu solekan kelihatan lebih kemas.Bagaimanapun kaedah ini hanya kekal sementara sahaja dan tidak dapat mengecilkan pore wajah secara kekal.2. Air rosemaryAir rebusan daun rosemary menjadi pilihan ramai kerana dipercayai membantu mengurangkan masalah rambut gugur selain merangsang pertumbuhan rambut baharu apabila digunakan secara berkala pada kulit kepala.3. SluggingTeknik ini dilakukan dengan menyapu lapisan nipis produk berasaskan petroleum jelly sebagai langkah terakhir rutin penjagaan kulit pada waktu malam bagi membantu mengunci kelembapan kulit.Penggunaan batu Gua Sha diketahui keberkesanannya sejak dahulu kala. -Gambar hiasan AI4. Air berasAir basuhan beras yang diperam sering digunakan sebagai rawatan semula jadi untuk rambut kerana dipercayai mampu menjadikan rambut lebih lembut, berkilat dan mudah diurus.5. Gua ShaPenggunaan batu Gua Sha untuk mengurut wajah semakin popular kerana dikatakan membantu mengurangkan bengkak, melancarkan peredaran darah serta memberi penampilan wajah yang lebih segar.Bagaimanapun, pakar mengingatkan bahawa setiap individu mempunyai jenis kulit dan rambut yang berbeza.Justeru, pengguna disaran membuat ujian terlebih dahulu sebelum mencuba sebarang petua yang tular di media sosial, selain menghentikan penggunaan sekiranya berlaku kerengsaan atau alahan.