KERJAYA sebagai kru kabin sering dianggap sebagai pekerjaan impian ramai anak muda kerana imejnya yang kemas, bergaya dan berpeluang menjelajah ke pelbagai destinasi di seluruh dunia.Namun, di sebalik penampilan menarik, ramai tidak menyedari bahawa kejayaan dalam sesi temu duga syarikat penerbangan turut bergantung kepada pelbagai aspek lain termasuk disiplin, ketelitian dan cara membawa diri. Seorang calon pramugara meraih perhatian apabila berkongsi pengalamannya yang telah tiga kali gagal dalam temu duga syarikat penerbangan nasional, namun tetap berazam untuk mencuba lagi pada masa akan datang."Sudah tiga kali ditolak oleh Malaysia Airlines dan saya tidak akan berputus asa untuk sesi temu duga akan datang."Walaupun penuh cabaran, air mata dan kekecewaan, saya tetap bersyukur dengan pengalaman yang diperoleh," katanya.Pramugara antara kerjaya yang menjadi impian sebahagian anak muda. -Gambar hiasan AIPerkongsian di Threads itu turut menerima perhatian seorang pramugara berpengalaman yang tampil memberikan beberapa nasihat dan panduan untuk membantu calon tersebut meningkatkan peluang pada sesi temu duga seterusnya.Menurutnya, aspek penampilan profesional memainkan peranan penting dalam memberikan tanggapan pertama yang baik kepada panel penemu duga."Baju berwarna gelap sebaiknya dipadankan dengan tali leher yang lebih cerah supaya penampilan lebih menyerlah dan kemas."Jika boleh, warna tali pinggang juga perlu dipadankan dengan warna kasut bagi menampilkan imej yang lebih profesional," katanya.Dia turut menyarankan calon membawa fail dokumen khas bagi menyusun sijil dan dokumen penting dengan lebih teratur ketika menghadiri temu duga.Selain itu, calon juga boleh mempertimbangkan pemakaian vest atau sut yang sesuai untuk meningkatkan penampilan."Kalau nak nampak lebih kemas dan profesional, boleh cuba pakai vest atau tuxedo. Cuma pastikan potongannya sesuai dengan bentuk badan dan tidak terlalu labuh kerana ia boleh menjejaskan penampilan keseluruhan," katanya.Tip temu duga pramugara - Padankan tali leher cerah dengan sut atau baju berwarna gelap.- Pastikan warna tali pinggang sepadan dengan warna kasut.- Gunakan fail dokumen yang kemas dan tersusun.- Pilih vest atau sut yang sesuai dengan bentuk badan.- Pastikan pakaian tidak terlalu longgar atau terlalu labuh.- Berikan perhatian kepada penampilan keseluruhan dan bahasa badan.- Jadikan setiap kegagalan sebagai pengalaman untuk memperbaiki diri.- Kekalkan keyakinan dan jangan mudah berputus asa selepas ditolak.