PELAKON terkenal Hong Kong, Ray Lui yang kini berusia 69 tahun, kembali mencuri perhatian ramai apabila berkongsi satu rutin senaman yang didakwa menjadi antara rahsia dia kekal kelihatan muda dan sihat.Menerusi satu perkongsian di Instagram, bintang filem To Be Number One itu memperkenalkan teknik squat unik yang dinamakan Lui-style horse stance. Ia adalah variasi kepada posisi kuda (horse stance) yang dilakukan secara perlahan dan terkawal [Tonton Video].Teknik Lui-style horse stance- Mulakan dengan merehatkan kaki dan memijak lantai dengan stabil- Turunkan badan ke posisi squat seperti duduk di kerusi- Naik semula secara perlahan sambil membayangkan seperti mengangkat batu yang berat di tangan- Tarik nafas ketika naik, dan rasai tekanan pada bahagian lengan atas- Hampir sampai ke posisi berdiri, jangan luruskan lutut sepenuhnya- Putarkan tangan dan bayangkan menolak batu ke bawah sebelum kembali semula ke posisi squat.Beliau menegaskan bahawa setiap pergerakan perlu dilakukan dengan perlahan bagi mendapatkan kesan maksimum, khususnya untuk kekuatan otot dan keseimbangan badan.Amalan gaya hidup sihatSelain senaman tersebut, Ray Lui sebelum ini turut berkongsi beberapa amalan pemakanan sihat yang menjadi rutin hariannya.Antaranya ialah minuman detox buatan sendiri yang mengandungi saderi, peria, lobak merah, epal dan sedikit jus lemon.Beliau juga pernah menyebut bahawa bawang adalah antara makanan penting dalam dietnya, kerana dianggap membantu kesihatan usus dan proses anti-penuaan.Konsistensi dalam rutin senaman dan pemakanan sihat itu dilihat antara faktor yang membantu dirinya mengekalkan penampilan bertenaga walaupun sudah mencecah usia emas.