LELAKI bertubuh sado pastinya kelihatan lebih maskulin dan menarik sekiranya mereka bijak memilih fesyen yang bersesuaian dengan bentuk badan.Namun, pemilihan pakaian yang salah boleh menyebabkan tubuh berotot kelihatan kurang seimbang seperti karakter kartun, terutama bagi lelaki sado bertubuh rendah. Berikut kami kongsikan empat kesilapan fesyen yang perlu dielakkan oleh lelaki berbadan sado.1. Memakai pakaian yang terlalu ketatAntara kesilapan paling lazim ialah memilih t-shirt atau kemeja yang terlalu ketat sehingga kelihatan tidak selesa apabila dipakai.Pakaian yang terlalu sendat bukan sahaja menyebabkan pergerakan menjadi kurang selesa, malah boleh menjadikan penampilan kelihatan serabut dan berlebihan.2. Memilih seluar yang terlalu ketatLelaki berbadan besar atau memiliki paha berotot kurang sesuai memakai skinny jeans kerana ia boleh menyebabkan bentuk badan kelihatan tidak seimbang.Sebaliknya, pilih potongan slim fit atau straight cut agar penampilan kelihatan lebih kemas.Penggayaan yang sesuai dengan bentuk tubuh akan menjadikan seseorang itu kelihatan lebih kemas dan menarik. -Gambar hiasan AI3. Memakai terlalu banyak logo atau corakSegelintir lelaki gemar memakai pakaian dengan logo besar atau corak yang terlalu sarat kerana ingin tampil lebih menonjol.Hakikatnya, tubuh berotot sudah cukup menyerlah dan pakaian yang terlalu sarat boleh menyebabkan penampilan kelihatan serabut.4. Memakai material yang terlalu nipisKain yang terlalu nipis boleh menyebabkan bentuk badan kelihatan kurang menarik selain mudah melekap pada tubuh.Malah, ia juga boleh menyebabkan bahagian badan tertentu seperti puting kelihatan jelas di sebalik baju sehingga mengganggu mata yang memandang.Pemilihan material yang lebih tebal dan berkualiti boleh membantu penampilan kelihatan kemas serta eksklusif walaupun hanya mengenakan pakaian asas.Kesimpulannya, lelaki berbadan tegap tidak perlu terlalu berusaha untuk kelihatan bergaya kerana pakaian yang ringkas dan sesuai dengan bentuk badan lazimnya lebih menarik perhatian.Kadang-kala, pemilihan saiz, warna dan potongan yang tepat sudah memadai untuk menjadikan seseorang kelihatan lebih kemas, yakin dan bergaya.