KESILAPAN ketika mencuci pakaian sering dipandang remeh, sedangkan tabiat itu boleh menyebabkan baju cepat rosak, pudar dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan.Justeru, penting untuk kita mengetahui beberapa kesilapan biasa ketika proses cucian agar pakaian kekal bersih, tahan lama dan lebih selesa dipakai setiap hari. 1. Membiarkan pakaian terlalu lama di dalam mesin basuhPakaian yang dibiarkan terlalu lama selepas proses cucian selesai boleh menghasilkan bau hapak akibat keadaan lembap.Jadi, anda perlu mengeluarkan pakaian sebaik sahaja cucian selesai dan segera disidai atau dijemur bagi mengelakkan bau kurang menyenangkan melekat pada fabrik.2. Menggunakan sabun pencuci secara berlebihanRamai beranggapan penggunaan sabun yang banyak mampu menjadikan pakaian lebih bersih, sedangkan lebihan sabun boleh meninggalkan sisa pada kain.Sebaiknya, gunakan sabun mengikut sukatan yang disarankan dan bersesuaian dengan jumlah pakaian.Kualiti pakaian boleh kekal lama jika ia dicuci dengan betul. -Gambar hiasan AI3. Mencampurkan semua jenis pakaian dalam satu cucianMencuci semua pakaian sekali gus tanpa mengasingkan warna dan jenis fabrik boleh menyebabkan pakaian mudah rosak atau luntur.Sebagai langkah berjaga-jaga, asingkan pakaian mengikut warna serta jenis kain bagi menjaga kualiti fabrik.4. Jarang membersihkan mesin basuhMesin basuh yang tidak dicuci secara berkala boleh menjadi tempat pengumpulan bakteria, kulat dan kotoran.Sebaiknya, lakukan pembersihan mesin basuh sekurang-kurangnya sebulan sekali, terutamanya di bahagian penapis dan getah mesin.5. Memasukkan terlalu banyak pakaian dalam mesin basuhMesin basuh yang terlalu padat boleh menyebabkan pakaian tidak dicuci dengan sempurna kerana sabun dan air sukar meresap secara sekata.Elakkan mengisi mesin basuh secara berlebihan dan pastikan terdapat ruang untuk pakaian 'bergerak' ketika proses cucian berlangsung.