suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kotak asal jangan buang... Ini cara betul simpan jam tangan supaya tak berkarat, elak tali kulit merekah

Jam tangan mudah rosak jika disimpan dengan cara salah. -Gambar hiasan AI

CARA anda menyimpan jam tangan sebenarnya boleh menjadi penentu sama ada ia bakal bertahan lama atau sebaliknya.

Malah, jam tangan mewah yang berkualiti tinggi juga boleh rosak jika kaedah penyimpanannya tidak dikendalikan dengan betul.

Berikut kami kongsikan empat perkara penting yang perlu anda ambil tahu untuk memastikan kualiti jam tangan kesayangan kekal 'tip top' dalam tempoh lama.

1. Suhu

Pemeluwapan boleh menjejaskan ketepatan operasi jam tangan anda dengan serius. Ia juga boleh menyebabkan jam tersebut rosak sepenuhnya. 

Selain itu, pemeluwapan juga boleh merosakkan litar IC, manakala suhu sejuk boleh menyebabkan pelincir dalam jam membeku atau menggumpal.

Meletakkan beberapa sachet gel atau bebola silika semasa menyimpan jam tangan boleh membantu dengan ketara.

2. Kaedah simpanan

Jam perlu disimpan dalam persekitaran bersuhu terkawal seperti peti keselamatan atau peti simpanan.

Cara terbaik untuk menyimpan jam tangan adalah menggunakan kotak asal ketika ia dibeli.

Anda juga boleh menggunakan kotak khas yang direka khusus untuk jam tangan.

Menyimpannya di tempat terbuka mendedahkannya kepada pelbagai risiko termasuk faktor persekitaran dan sentuhan tidak diingini.

Jam tangan menyimpan nilai sentimental buat pemiliknya. -Gambar hiasan AI

3. Buang kotoran

Pembersihan adalah langkah penting untuk semua jam tangan, terutama sebelum disimpan untuk tempoh yang lama. 

Permukaan kulit manusia serta peluh membawa garam dan minyak yang boleh mempercepatkan proses hakisan pada tali jam.

Penting untuk anda tahu, tali jam yang diperbuat daripada logam boleh berkarat jika ia tidak dibersihkan.

Tali jam yang diperbuat daripada kulit pula boleh menjadi kering jika disimpan tanpa penjagaan minyak atau conditioner yang sesuai.

Lebih teruk, tali jenis kulit yang kering akan mula merekah dan boleh terkoyak sepenuhnya. 

4. Kaedah pembersihan

Pembersihan tidak perlu dilakukan secara rumit. Air suam dengan sabun dan kain lembut sudah mencukupi untuk membersihkan kotoran. 

Namun, pastikan jam tidak direndam kecuali ia kalis air, kerana ini boleh merosakkan komponen dalamannya.

Artikel Lain