HANYA dengan satu carian di Google, anda boleh menemui pelbagai tip dan petua tentang cara untuk membuatkan minyak wangi tahan lebih lama sepanjang hari.Ada yang menyarankan supaya minyak wangi disembur pada bahagian tertentu badan seperti pergelangan tangan, leher, dan belakang telinga untuk mendapatkan ketahanan bau yang lebih baik. Selain itu, sesetengah pakar juga mencadangkan agar botol minyak wangi disimpan di dalam peti sejuk supaya kualiti dan wangian dapat bertahan lebih lama.Namun begitu, beberapa pelayar Threads mendakwa mereka mempunyai cara yang lebih mudah dan ringkas untuk memastikan minyak wangi tahan lama.Menurut perkongsian tersebut, pengguna hanya perlu membuka bungkusan minyak wangi yang baru dibeli dan menyemburnya beberapa kali terlebih dahulu.Selepas itu, botol minyak wangi tersebut perlu disimpan semula di dalam kotaknya sebelum dibiarkan selama satu atau dua minggu tanpa digunakan.Ketahanan minyak wangi juga bergantung kepada cara penggunaannya. -Gambar hiasan AI"Cuba 'peram' dulu minyak wangi tu. Selepas beli, overspray dalam 10 ke 15 semburan. Kemudian, simpan balik minyak wangi dalam kotak."Selepas itu, simpan dalam laci atau almari yang gelap. Lepas dua minggu, cuba balik. InsyaAllah, ketahanannya lebih baik," kongsi seorang individu.Seorang lagi wanita turut berkongsi petua sama yang dilakukannya."Lepas beli, saya sembur dua ke tiga kali dan simpan semula. Nanti lama-lama ia akan jadi lebih tahan."Entahlah apa penjelasan sains di sebalik cara ini. Tapi baunya akan jadi lebih pekat dan tahan," ujarnya pula.Menurut seorang lagi individu, minyak wangi yang disimpan selama hampir tiga tahun menghasilkan haruman yang lebih kuat."Saya ingat minyak wangi saya hilang, rupanya tersorok dalam beg kerja lama. Beg tu dalam stor. Tersorok dalam dua ke tiga tahun."Mula-mula jumpa, cairannya kelihatan warna kuning. Lepas tu ia jernih balik. Memang baunya lagi intense," dakwa wanita itu pula.Jadi, bagi mereka yang mahu mendapatkan haruman lebih tahan lama, bolehlah mencuba petua yang dikongsi mereka.