suria

Ketahui rahsia atlet lelaki miliki ketiak licin tanpa bulu, bukan sekadar jaga kebersihan tapi banyak kelebihan

Segelintir atlet mencukur bulu ketiak mereka kerana percaya ia dapat meningkatkan prestasi. -Gambar hiasan AI

TOPIK mencukur bulu ketiak boleh menjadi perdebatan panjang apabila bercakap tentang penjagaan diri kaum lelaki.

Ini kerana masih ramai beranggapan menyimpan bulu ketiak adalah simbol maskulin bagi seseorang lelaki.

Namun sejajar dengan perubahan masa, semakin ramai lelaki mula cakna tentang kebersihan dan memilih mengekalkan ketiak bebas bulu.

Dalam satu kajian dilakukan Men’s Health melibatkan 4,044 koresponden lelaki pada 2019, sebanyak 68 peratus menyatakan mereka merapikan bulu ketiak. 

Segelintir lelaki tidak kisah memiliki bulu ketiak yang panjang. -Gambar hiasan AI

Daripada jumlah itu, 52 peratus melakukannya atas faktor estetika namun yang menariknya, 16 peratus lelaki melakukannya untuk tujuan prestasi sukan. 

Segelintir atlet lelaki memilih untuk memendekkan atau mencukur bulu ketiak kerana percaya ia dapat meningkatkan prestasi. 

Dengan mengurangkan rintangan dan menjadikan tubuh lebih aerodinamik, amalan ini dikatakan memberi kelebihan terutama kepada perenang.

Tip cukur bulu ketiak

Berikut merupakan lima langkah yang boleh dilakukan bagi pengalaman mencukur lebih lancar dan bebas iritasi:

1. Persediaan kulit

Mulakan dengan mandi air suam atau gunakan tuala suam untuk melembutkan bulu dan membuka liang pori. Ini akan memudahkan proses mencukur serta mengurangkan risiko iritasi.

2. Pilih alat yang sesuai

Gunakan alat penjagaan diri berkualiti tinggi dengan bilah berbilang untuk mendapatkan cukuran yang lebih dekat dan bersih. 

3. Guna krim atau gel cukur

Sapukan krim atau gel pencukur sesuai untuk kulit sensitif secara sekata pada kawasan ketiak.

Ini membantu memberi pelinciran dan membolehkan alat cukur bergerak dengan lebih lancar, sekali gus mengurangkan risiko luka kecil dan kesan terbakar akibat cukur.

4. Cukur dengan perlahan

Mulakan dengan mencukur mengikut arah pertumbuhan bulu untuk mengurangkan iritasi. Bilas alat cukur secara kerap supaya tidak tersumbat dan kekal berkesan.

5. Bilas dan lembapkan

Selepas selesai mencukur, bilas kawasan tersebut dengan air sejuk untuk menutup liang pori.

Keringkan kulit secara perlahan dengan menepuk, kemudian sapukan pelembap atau losen yang menenangkan untuk melembapkan dan menyejukkan kulit.

Artikel Lain