suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan ambil mudah jika kerap memendam perasaan, terdedah risiko penyakit autoimun seperti SLE dan psoriasis

Gangguan terhadap sistem autoimun boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit antaranya SLE, psoriasis dan psoriasis.

KESEDARAN mengenai penyakit autoimun semakin mendapat perhatian masyarakat terutamanya di Malaysia.

Malah kes-kes penyakit berkaitan autoimun seperti Lupus Eritematosus Sistemik (SLE), artritis reumatoid, tiroid dan psoriasis turut dilaporkan semakin merekodkan peningkatan.

Disebabkan itu, adalah tidak pelik apabila penyakit ini turut menjadi sebahagian daripada perbincangan di media sosial.

"Betul ke kalau kita banyak memendam, kita boleh kena penyakit autoimun?" soal pengguna Threads dalam satu hantaran. 

Secara umumnya, penyakit autoimun adalah keadaan di mana sistem imun seseorang individu tidak dapat membezakan antara sel badan sendiri dengan sel asing.

Akibatnya, ia menyebabkan sistem imun atau pertahanan badan menyerang sel atau tisu sihat sehingga menyebabkan keradangan berpanjangan pada organ atau sendi pesakit.

Menurut satu artikel diterbitkan di National Library of Medicine (NLM), penyakit autoimun boleh terjadi atas pelbagai faktor antaranya seperti genetik, persekitaran, hormon dan imunologi.

Selain itu, kajian juga menunjukkan sekurang-kurangnya 50 peratus gangguan autoimun dikaitkan dengan 'faktor pencetus yang tidak diketahui'.

Bagaimanapun, artikel tersebut mengakui tindakan memendam perasaan boleh membawa kepada tekanan psikologi dan emosi kronik sememangnya mampu bertindak sebagai pencetus yang signifikan kepada penyakit berkenaan.

Ia disokong dengan kajian epidemiologi yang menunjukkan individu mengalami gangguan berkaitan stres dilapor mencatatkan peningkatan risiko sebanyak 36 peratus untuk menghidap penyakit autoimun berbanding individu dengan latar belakang kesihatan normal.

Walaupun stres bukan satu-satunya punca tunggal, data klinikal menunjukkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada gangguan autoimun dikaitkan dengan faktor pencetus luaran dan termasuk stres emosi yang ketara sebelum penyakit itu tercetus. 

"Tekanan fizikal dan psikologi dikaitkan dengan perkembangan penyakit autoimun, memandangkan banyak kajian terhadap haiwan dan manusia telah menunjukkan kesan pelbagai faktor tekanan terhadap fungsi imun. 

"Tambahan pula, banyak kajian retrospektif mendapati bahawa sebahagian besar pesakit (sehingga 80%) melaporkan mengalami tekanan emosi yang luar biasa sebelum mula mengalami penyakit tersebut. 

"Malangnya, stres bukan sahaja menjadi punca, tetapi penyakit autoimun itu sendiri turut menimbulkan tekanan ketara kepada pesakit, sekali gus mewujudkan satu kitaran memudaratkan," menurut artikel bertajuk Stress as a trigger of autoimmune disease yang diterbitkan di NLM.

Selain itu, tekanan psikologi yang tidak diluah atau diuruskan dengan baik juga berisiko mengaktifkan paksi hypothalamic-pituitary-adrenal (HPA) dan sistem saraf simpatetik secara berterusan. 

Keadaan ini memaksa tubuh menghasilkan hormon stres dan molekul pro-keradangan secara tidak terkawal yang seterusnya mengganggu keseimbangan sel-sel imun atau immune dysregulation.

Sehubungan itu, pakar perubatan menegaskan pengurusan stres dan intervensi tingkah laku wajar dijadikan sebahagian daripada langkah pencegahan serta rawatan sokongan bagi menangani masalah berkaitan sistem imun ini.

Artikel Lain