suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan sekadar petah bercakap! Adab antara lapan sikap wajib ada jika mahu jadi pengacara majlis profesional

Ezah berpengalaman 17 tahun dalam bidang pengacaraan majlis. -Gambar Instagram ezah.al.basary

MENJADI pengacara majlis (MC) bukan sekadar mempunyai suara yang sedap didengar, petah menyusun kata-kata atau bijak menghidupkan suasana di atas pentas.

Sebaliknya, seseorang MC perlu memiliki adab, integriti dan profesionalisme bagi memastikan setiap majlis berjalan lancar serta kepercayaan klien sentiasa terpelihara.

Pengacara majlis, Ezah Al Basary yang berpengalaman selama 17 tahun dalam industri itu, berkongsi beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian untuk menjadi MC terbaik.

Menurutnya, pengalaman mengendalikan pelbagai acara termasuk majlis perkahwinan, program korporat dan majlis rasmi kerajaan banyak mengajarnya tentang kepentingan menjaga sikap ketika bekerja.

Berikut lapan tip menjadi MC terbaik berdasarkan perkongsiannya:

1. Utamakan adab dan integriti

- Kemahiran bercakap sahaja tidak mencukupi untuk menjadi MC yang profesional.

- Adab dan integriti perlu menjadi keutamaan dalam setiap tugasan.

2. Hormati setiap klien tanpa mengira bajet

- Tidak kira besar atau kecil sesebuah majlis, setiap klien berhak menerima penghormatan yang sama.

- Jangan memandang rendah sesuatu tugasan hanya kerana nilai bayaran atau bajet yang diberikan.

3. Sentiasa bersedia menghadapi perubahan

- Tidak semua majlis berjalan mengikut perancangan.

- MC perlu bersedia menghadapi perubahan pada saat akhir dan bijak mengawal keadaan tanpa menjejaskan kelancaran acara.

4. Jaga rahsia di belakang tabir

- Apa yang berlaku sepanjang persiapan dan perjalanan majlis tidak semestinya perlu diceritakan kepada orang luar.

- Elakkan mendedahkan masalah atau perkara sensitif yang berlaku ketika menjalankan tugas.

5. Jangan memburukkan klien dan penganjur

- Elakkan menjadikan kelemahan klien atau pihak penganjur sebagai bahan cerita.

- Profesionalisme seseorang MC turut dinilai melalui caranya menjaga kepercayaan individu yang memberikan amanah.

6. Jangan gunakan pengalaman untuk bermegah

- Pengalaman bertahun-tahun bukan alasan untuk berasa diri lebih hebat daripada orang lain.

- Elakkan sikap sombong atau memandang rendah MC yang masih baharu dalam industri.

7. Terus belajar dan merendah diri

- Semakin lama berada dalam industri, semakin banyak perkara yang perlu dipelajari.

- Jadikan pengalaman sebagai ruang untuk memperbaiki diri dan meningkatkan kematangan ketika bekerja.

8. Jaga profesionalisme walaupun tiada siapa melihat

- Tugas MC bukan sekadar memastikan penonton terhibur dan majlis berjalan lancar.

- Sikap ketika berhadapan dengan klien, penganjur dan pasukan di belakang tabir juga mencerminkan nilai sebenar seorang MC.

Ezah turut menegaskan bahawa pengalaman sepatutnya menjadikan seseorang lebih matang dan bukannya angkuh.

Malah, nilai sebenar seorang pengacara majlis bukan hanya terletak pada kehebatannya menguasai pentas, tetapi juga bagaimana dia menjaga adab dan profesionalisme ketika tiada siapa melihat.

"Adab yang menentukan nilai kita," katanya.

Artikel Lain