HUJAN lebat melanda hampir setiap hari dalam minggu ini menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terjejas akibat banjir kilat.Malah, hujan lebat serta takungan air itu juga menyebabkan kesesakan trafik luar biasa, sekali gus mengganggu jadual harian penduduk sehingga ramai yang tiba ke rumah masing-masing pada lewat malam. Susulan itu, seorang pengguna media sosial memberi saranan agar majikan terutamanya di kawasan 'mesra banjir' seperti Shah Alam memberi pelepasan awal memandangkan hujan biasanya berlaku pada waktu petang.Kesesakan teruk menyebabkan pekerja sampai ke rumah pada waktu malam. -Gambar hiasan"Syarikat di sekitar Shah Alam ini, tak boleh ke bagi kelonggaran sikit untuk kakitangan balik awal sepanjang musim hujan?"Contohnya, balik pukul 3 petang sebab biasanya 3.30 petang dah mula hujan. Kesianlah dekat orang yang hari-hari kena hadap hujan dan banjir, tersangkut dalam trafik berjam-jam."Ini tidak. Pemilik syarikat dan golongan pengurus je selamatkan 'bontot' sendiri balik awal. Staf biasa kena tunggu balik pukul 5 atau 6 petang," tulisnya.Seorang pengguna media sosial gesa syarikat di sekitar Shah Alam benarkan pekerja balik awal.Gesaan itu dibuat susulan hujan lebat yang mencetuskan kesesakan trafik dan banjir kilat pada waktu petang.Hantaran itu dikongsi di aplikasi Threads dan turut menerima pelbagai respon, khususnya daripada warga Shah Alam.Mereka turut meluahkan rasa penat menghadap kesesakan lalu lintas akibat perubahan cuaca yang melanda ketika ini.Ringkasan ini dijana oleh AIHantaran itu dimuat naik menerusi aplikasi Threads.Di ruangan komen, beberapa individu turut bersetuju dengan saranan itu dan turut memberi idea untuk melaksanakan kaedah bekerja dari rumah."Kadang benda macam ini tak perlukan polisi yang rumit pun. Kelonggaran sikit pun boleh memberi perbezaan besar kepada staf yang kena hadap hujan, banjir dan trafik.ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa sanggup redah banjir balik rumah demi beri kucing makan, terkejut tengok pemandangan Taman Sri Muda selepas terbangkan dronARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kesiannya, dah la bawa anak” - Ramai kecut perut tengok motosikal terbalik redah banjir kilat"Musim-musim hujan ni elok bagi balik awal atau kerja dari rumah saja. Kesian nak kena hadap trafik sebab jalan sana sini tutup akibat banjir," tulis netizen.Pada masa sama, mereka turut memberi saranan kepada pekerja terlibat agar berbincang atau membuat permohonan secara formal untuk diawalkan waktu tamat bekerja."Kalau bos balik, cuba mohon masuk kerja awal supaya boleh balik awal. Cukupkan waktu kerja," tulis netizen lagi.