suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jersi nombor tujuh bakal bertukar pemilik, Ronaldo umum persaraan antarabangsa

Keputusan besar itu dibuat Ronaldo pada Khamis menerusi akaun media sosial peribadinya.

PERJALANAN panjang Cristiano Ronaldo bersama skuad kebangsaan Portugal akhirnya bakal melabuhkan tirai selepas lebih dua dekad mencipta sejarah dan mengharumkan nama negara itu di pentas bola sepak dunia.

Bintang berusia 41 tahun itu mengumumkan hasrat untuk bersara daripada arena bola sepak antarabangsa selepas tamat tempoh rehat November ini.

Menerusi hantaran di media sosial pada Khamis, Ronaldo mengakui keputusan itu bukan mudah memandangkan dia sudah menyarung jersi Portugal sejak Ogos 2003.

"Untuk rakyat Portugal, saya tidak pernah menganggap jersi ini milik saya seorang. Selama 23 tahun, saya diberi keistimewaan dan tanggungjawab untuk menyarungnya, mempertahankan serta membawanya ke stadium di seluruh dunia.

"Kini tiba masanya untuk menyerahkannya kepada generasi seterusnya. Bukan mudah untuk membuat keputusan ini kerana ada perkara yang bukan hanya ditentukan oleh akal, tetapi juga hati.

"Perjalanan yang bermula pada Ogos 2003 dan mengubah hidup saya selama-lamanya kini sampai ke penghujungnya," katanya di Instagram.

Ronaldo turut menyifatkan kenangan bersama Portugal bukan sekadar mengenai perlawanan, jaringan gol, rekod dan trofi, sebaliknya hubungan dengan jutaan penyokong yang sentiasa memberikan sokongan.

Sepanjang 23 tahun bersama Portugal, Ronaldo merekodkan 234 penampilan dan 146 gol.

Dia juga memegang rekod pemain dengan penampilan antarabangsa terbanyak serta penjaring gol terbanyak di pentas antarabangsa.

Artikel Lain