suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rai kejayaan skuad sepak takraw negara, McDonald's Malaysia tunai janji beri sumbangan RM50,000

Azmir (kiri) berharap sumbangan itu dapat membantu PSM membimbing lebih ramai bakat muda dalam sukan sepak takraw.

MCDONALD’s Malaysia pada Selasa menyerahkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bagi menyokong pembangunan sukan berkenaan di negara ini.

Ia bersempena meraikan kepulangan skuad kebangsaan yang meraih satu pingat emas dalam acara regu berpasukan lelaki dan satu pingat perak dalam acara regu lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Skuad negara kendalian ketua jurulatih Ahmad Jais Baharun menewaskan Thailand 2–0 dalam perlawanan akhir acara regu berpasukan lelaki, sekali gus menamatkan penantian 36 tahun untuk meraih emas dalam acara tersebut.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar kepada Presiden PSM, Datuk Wira Mohd Sumali Reduan.

Menurut Azmir, dia berharap sumbangan McDonald's Malaysia dapat membantu PSM membimbing lebih ramai bakat muda untuk melangkah lebih jauh dalam sukan sepak takraw.

"Sebelum skuad negara berangkat ke Sukan Asia, McDonald’s Malaysia menyatakan komitmen untuk menyumbang kepada PSM bagi pembangunan sepak takraw, sekiranya Malaysia berjaya meraih emas.

"Hari ini, dengan penuh rasa syukur dan bangga atas kejayaan bersejarah ini, kami menunaikan janji tersebut dengan menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada PSM.

Azmir (tengah) berkata kejayaan tersebut memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mengejar impian dalam bidang sukan.

"Anda semua memberikan peminat sepak takraw dan seluruh rakyat Malaysia satu detik yang akan dikenang," ujar Azmir sewaktu majlis penyerahan sumbangan di di McDonald’s Pandu Lalu Titiwangsa.

Untuk rekod, McDonald’s Malaysia turut menganjurkan Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 bersama Harian Metro dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta PSM. 

Liga ini memberi peluang kepada pemain berusia 16 tahun ke bawah untuk menimba pengalaman bertanding di peringkat nasional, sekali gus mencungkil dan mengembangkan bakat sukan warisan negara ke tahap yang lebih tinggi.

Liga ini merangkumi tiga pusingan zon yang membabitkan tiga buah negeri, iaitu Zon Tengah-Selatan di Negeri Sembilan, Zon Utara di Kedah, dan Zon Timur di Terengganu sebelum melangkah ke Pentas Akhir Kebangsaan pada 28 hingga 29 November di Akademi Sepaktakraw Malaysia, Kuala Lumpur, dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM60,000.

ARTIKEL BERKAITAN: McDonald’s Malaysia lancar Program Santun Pelajar, sasar 1 juta hidangan Nasi Mekdi diagihkan untuk 2026, bermula bulan Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: 359 graduan dirai, Akademi Vokasional McDonald’s buka peluang bina masa depan

Sebagai sebahagian daripada pengisian liga, Klinik Sepak Takraw turut dijadualkan pada 26 November di Akademi Sepaktakraw Malaysia bagi memberi peluang kepada peserta mempelajari teknik asas dan mencuba kemahiran permainan di gelanggang.

Komitmen McDonald’s Malaysia dalam memperkasakan belia melangkaui sukan menerusi Program Santun Pelajar, yang menyediakan baucar Nasi Mekdi kepada mahasiswa IPT. 

Usaha kebajikan ini melengkapi program pembangunan modal insan syarikat melalui Akademi Vokasional McDonald’s, program Akademi Dalam Industri (ADI), dan Graduate Employability Programme (GEP).

"Kejayaan luar biasa skuad takraw negara ketika ini menjadi bukti jelas bahawa tiada apa yang mustahil, sekali gus membuka ruang buat generasi muda untuk mengimpikan kejayaan di pentas tertinggi.

"Kami amat berharap agar barisan pemain kebangsaan dapat turun padang untuk berkongsi pengalaman, membimbing, dan memberi dorongan moral kepada para peserta Liga Takraw Nasional Mekdi 2026.

"Kehadiran dan sokongan padu wira negara ini pastinya menyemarakkan lagi semangat adik-adik kita yang memasang impian untuk menyarung jersi keramat skuad kebangsaan suatu hari nanti," ujar Azmir lagi.

Artikel Lain