suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hujan lebat ubah keadaan trek, perlumbaan F1 di Sepang ditangguhkan

Keadaan hujan lebat di Litar Sepang pada Ahad.

HUJAN lebat yang melanda Litar Antarabangsa Sepang (SIC) memaksa permulaan perlumbaan Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia ditangguhkan sementara pada Ahad.

Hujan dilaporkan turun hanya beberapa minit sebelum perlumbaan dijadualkan bermula pada pukul 3 petang, menyebabkan keadaan trek tidak sesuai untuk saingan diteruskan.

Susulan keadaan itu, Race Control memutuskan untuk menangguhkan permulaan perlumbaan bagi memberi ruang kepada cuaca dan keadaan litar bertambah baik.

Pada Julai, Malaysia disahkan sebagai tuan rumah GP Gulf Air Bahrain dari 2 hingga 4 Oktober, susulan perjanjian antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah GP Malaysia di SIC dari tahun 1999 hingga 2017, sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1.

Artikel Lain