suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sorakan dari rumah bermula Jumaat! RTM siar ‘live’ aksi Piala Asean FIFA 2026

Skuad Harimau Malaya akan menentang Bangladesh dalam Piala Asean FIFA 2026 pada Jumaat. -Foto Malaysia National Football Team

HASRAT penyokong bola sepak tempatan untuk menyaksikan aksi Harimau Malaya secara langsung di televisyen tercapai apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan perlawanan skuad negara dalam saingan Piala Asean FIFA 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siaran langsung itu akan bermula dengan perlawanan menentang Bangladesh pada Jumaat.

Menerusi hantaran di Facebook pada Khamis, Anwar berkata, berita gembira itu dibuat susulan pertanyaan orang ramai yang berharap perlawanan skuad negara dapat ditonton secara 'live' di televisyen tempatan.

"Ramai yang bertanya di media sosial saya semalam mengenai siaran langsung perlawanan Harimau Malaya dalam FIFA Asean Cup 2026.

“Alhamdulillah, saya nak kongsikan berita baik. RTM akan menyiarkan secara langsung perlawanan Harimau Malaya, bermula dengan perlawanan menentang Bangladesh esok.

“Ayuh, kita beri sokongan padu kepada pasukan negara,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Skuad Harimau Malaya bakal mengharungi tiga perlawanan sengit bagi saingan peringkat Kumpulan A.

Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe itu akan memulakan kempen menentang Bangladesh pada 25 September, sebelum berdepan Indonesia pada 28 September dan Singapura pada 1 Oktober.

Untuk rekod, Harimau Malaya bakal mengharungi tiga perlawanan dalam Kumpulan A berdepan tiga perlawanan pada saingan peringkat kumpulan.

Berikut merupakan jadual perlawanan Harimau Malaya (waktu Malaysia) dalam Piala Asean FIFA 2026:

Bangladesh vs Malaysia

Tarikh: 25 September 2026 (Jumaat)

Masa: 5 petang

Tempat: Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta

Indonesia vs Malaysia

Tarikh: 28 September 2026 (Isnin)

Masa: 8.30 malam

Tempat: Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta

Malaysia vs Singapura

Tarikh: 1 Oktober 2026 (Khamis)

Masa: 8.30 malam

Tempat: Stadium Si Jalak Harupat, Bandung

Artikel Lain