suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri cari khidmat peguam syariah lepas semak ‘history’ ChatGPT suami... Terduduk rupanya wujud aktiviti persundalan!

Seks bebas boleh menjadi punca penyakit jangkitan seksual. -Gambar hiasan AI

KEWUJUDAN teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT sememangnya sangat membantu kehidupan kita.

Selain digunakan untuk tujuan kerja, ChatGPT juga sering menjadi ‘kaunter pertanyaan’ bagi menjawab kemusykilan tentang pelbagai topik.

Namun, seorang wanita berkata dia sama sekali tidak menyangka ChatGPT juga berjaya membongkar sisi gelap suaminya yang baru dinikahi seminggu lalu.

Suami tidak sepatutnya mengkhianati kepercayaan isteri. -Gambar hiasan AI

“Hari ini suami tidur, saya pun periksa ChatGPT dia. Saya musykil, dia suka tanya ChatGPT walaupun soalan-soalan mudah.

“Saya terkejut jumpa banyak persoalan tentang HIV. Saya korek lagi, rupanya dia pernah ‘langgan’ beberapa kali juga sebelum ini,” dakwa wanita itu.

Menerusi hantaran sama, wanita itu turut membuat hebahan mencari peguam syariah, dipercayai bagi menguruskan masalah yang menimpa rumah tangganya.

  • Wanita dapat tahu suaminya curang selepas semak kandungan dalam ChatGPT.
  • Dia terkejut suaminya pernah melanggan perkhidmatan pelacuran sebelum ini.
  • Dia kini bimbang risiko dijangkiti HIV hasil perbuatan sumbang mahram suaminya.
  • Wanita itu juga sedang mencari seorang peguam syariah bagi membantunya.

“Hancur remuk hati ini. Saya kahwin dengan dia tanpa rupa dan harta. Kenapa saya kena benda ni?

“Dia bukan ‘selera’ saya. Bukan dalam ‘tax bracket’ saya tapi saya terima sebab dia baik dan penyayang” luahnya di Threads.

Ramai pelayar Threads turut memberi kata-kata semangat agar wanita itu tabah menghadapi ujian rumah tangganya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Tak percaya kekasih curang ‘merempit’ dengan perempuan lain, remaja nekad nikah sejurus usia cecah 18 tahun... Kakak risau masa depan adik hancur

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi buat panggilan berahi dengan skandal, isteri hilang sabar kelar tangan suami guna pisau dapur

“Kesiannya awak dapat jantan tak ada teruna yang langgan pelacur macam ni. Saya harap awak selamat daripada HIV.

“Kemungkinan belum kena HIV (masa buat pemeriksaan sebelum kahwin). Nak kena HIV ni pun ambil masa.

“Cepat cari peguam dan berhenti buat hubungan intim dengan dia,” pesan beberapa netizen.

Artikel Lain