suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sangat tenang... Lelaki ini hanya berjalan kaki selepas samun bank, polis edar gambar jejak suspek

Setiap gerak geri suspek direkodkan melalui CCTV.

SEORANG lelaki bersenjatakan pistol diburu polis selepas disyaki menyamun sebuah bank di Oakville, Ontario, Kanada, pada pagi Khamis.

Suspek dilaporkan memasuki premis National Bank di Sheridan Garden Drive kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum mengarahkan wang tunai diserahkan padanya.

Menurut Polis Wilayah Halton, lelaki berkenaan kemudian melarikan sejumlah wang yang tidak didedahkan nilainya sebelum meninggalkan kawasan itu dengan berjalan kaki.

Ketika kejadian, suspek dilihat memakai vest jingga berjalur kuning bersama jaket kelabu.

Dia turut memakai topi hitam, cermin mata hitam serta pelitup muka pembedahan berwarna biru.

Setiap gerak gerinya direkodkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis berkenaan.

Susulan itu, polis menyifatkan suspek sebagai lelaki berkulit hitam yang dianggarkan berusia antara 35 hingga 45 tahun.

Gambar individu yang disyaki terbabit turut disiarkan bagi membantu usaha mengesannya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman video di sekitar lokasi ketika kejadian diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan. -Agensi

Artikel Lain