suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wonpil Day6 tambah koleksi hartanah, beli kondo mewah RM18 juta secara tunai

Nama Wonpil jadi bualan hangat.

ANGGOTA kumpulan Day6, Wonpil mencuri perhatian apabila dilaporkan membeli sebuah kondominium mewah yang terletak berhadapan Sungai Han di Yongsan, Seoul, Korea Selatan, pada harga 5.59 bilion won (kira-kira RM18 juta).

Lebih mengejutkan, Wonpil atau nama sebenarnya Kim Won Pil, dipercayai membeli kediaman berkenaan secara tunai tanpa menggunakan sebarang pinjaman bank.

Perkara itu berdasarkan rekod hartanah yang tidak menunjukkan sebarang pendaftaran gadaian atau pinjaman perumahan atas nama penyanyi berkenaan.

Kondominium Raemian Caelitus menempatkan artis-artis terkenal.

Wonpil difahamkan menandatangani perjanjian pembelian unit berkeluasan 165.73 meter persegi di kondominium Raemian Caelitus itu pada 29 Julai lalu.

Dia juga dipercayai sudah melunaskan keseluruhan bayaran sebelum proses pemindahan hak milik hartanah diselesaikan pada 2 November lalu.

Pembelian terbaharu itu sekali gus menjadikan Wonpil memiliki dua hartanah di Seoul namun butiran mengenai kediamannya yang terdahulu tidak dinyatakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Junhyuk Digugur Daripada Day6 Kerana Bercinta Dengan Peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh main dram pakai seragam tentera, peminat desak Dowoon tinggalkan Day6... Agensi bakal ambil tindakan terhadap netizen

Untuk rekod, pemilik terdahulu unit kondominium berkenaan ialah bekas model yang kini bergelar usahawan, Park Ji Woon.

Pangsapuri Raemian Caelitus yang terkenal dengan pemandangan Sungai Han itu turut menjadi pilihan beberapa selebriti terkenal Korea Selatan.

Antara selebriti yang menetap di kediaman mewah berkenaan termasuk penyanyi Zico dan Crush, pelakon Yoo In Na serta pasangan pelakon Yoo Ji Tae dan Kim Hyo Jin.

Artikel Lain