TULAR video berpakaian seragam tentera sambil bermain dram, peminat menggesa Dowoon meninggalkan kumpulan Day 6. Menurut peminat, Dowoon atau Yoon Do Woon, 29, tidak sensitif kerana berpakaian seragam tentera ketika hangat isu pergolakan politik di Korea Selatan. Selain itu, mereka memberitahu bahawa tingkah laku Dowoon memberi kesan negatif terhadap imej dan reputasi kumpulan Day 6. Day 6 kini terdiri daripada Sungjin, Young K, Wonpil dan Dowoon. "Video Dowoon yang memaparkan dia memakai pakaian seragam tentera memperkatakan topik yang sangat sensitif dalam keadaan semasa. "Kami menggesa langkah diambil untuk memulihkan imej kumpulan dan mengekalkan kepercayaan kepada ahli melalui penarikan diri Dowoon daripada Day 6," katanya. Peminat berkongsi kenyataan itu menerusi hantaran di platform X pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia Jung Woo Sung mula terbongkar, rupanya ada 3 teman wanita termasuk skandal bersama isteri orang ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dakwa diri dicabul bos, agensi umum Gaeun tinggalkan Madein Sementara itu, syarikat pengurusan Dowoon iaitu JYP Entertainment memberitahu pihaknya akan mengambil tindakan terhadap penyebaran khabar angin yang tidak berasas. Syarikat pengurusan itu turut menyatakan akan berusaha untuk melindungi anggota kumpulan Day 6 dalam apa jua cara. "Berita palsu berkaitan Dowoon Day 6 sedang disebarkan semula secara sengaja. Kami bercadang untuk mengambil tindakan tegas terhadap semua perbuatan fitnah jahat dan penyebaran khabar angin palsu terhadap Day 6. "Kami akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi artis dan akan meneruskan semua langkah undang-undang yang ada tanpa sebarang kelonggaran atau persetujuan," tulisnya menerusi hantaran di platform X. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!