Datuk Ismail Lasim (tiga dari kanan) tiba di D'Tempat Country Club, Sendayan untuk menyempurnakan pelancaran Bulan Zakat peringkat negeri.
KETIKA kedudukannya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan masih menjadi tanda tanya susulan pelbagai spekulasi, Datuk Ismail Lasim dilihat tenang dan sentiasa tersenyum ketika menghadiri satu majlis pada Khamis.Malah, Ismail memaklumkan kepada petugas media yang membuat liputan bahawa mereka akan bertemu dengannya sekali lagi pada Jumaat. Ketika ditemui selepas melancarkan Bulan Zakat peringkat negeri di D'Tempat Country Club, Sendayan, Ismail yang kelihatan ceria mengelak daripada menjawab soalan wartawan ketika berjalan keluar dari lokasi majlis.Sambil tersenyum lebar, Ismail berulang kali berkata, "Jumpa esok".Ditanya sama ada dia dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir esok, Ismail terus mengekalkan nada cerianya dan hanya ketawa kecil sebelum mengulangi bahawa dia akan bertemu pihak media pada Jumaat.Apabila ditanya lebih lanjut mengenai lokasi untuk pihak media menemuinya, Ismail secara berseloroh berkata tiada sebab untuk dia mendedahkan tempat berkenaan kerana wartawan akhirnya akan mengetahuinya sendiri."Kamu semua sudah empat hari tidak nampak saya, tetapi kamu semua cukup bijak dan tahu di mana hendak mencari saya," katanya sambil tersenyum.Ditanya mengenai keadaannya sepanjang beberapa hari tidak muncul di khalayak ramai, Ismail yang kelihatan tenang hanya menjawab, "Alhamdulillah, saya okey."ARTIKEL BERKAITAN: “Anak-beranak campur apa hal?” - Zahid tempelak anak Ismail Lasim isu kedudukan MB Negeri SembilanPada lewat Isnin, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam satu kenyataan mengumumkan peletakan jawatan Ismail.Menurut kenyataan itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden Umno telah menerima salinan surat peletakan jawatan berkenaan.Surat bertarikh 16 November itu dialamatkan kepada Tuanku Muhriz.Bagaimanapun, Istana Negeri Sembilan pada keesokan harinya menjelaskan Ismail masih kekal sebagai Menteri Besar sementara menunggu perkenan diraja.Istana turut menegaskan peletakan jawatan hanya berkuat kuasa selepas diterima oleh pemerintah negeri selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.Untuk rekod, Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2 Ogos lalu. -The Star.