PENYANYI dan pelakon Bella Astillah tampil memberikan penjelasan berhubung busana yang digayakannya ketika menghadiri majlis Nona Gala Awards 2026 pada malam Rabu.Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, berkata dia dan pihak yang menguruskan pemilihan pakaian itu tidak menyedari reka bentuk berkenaan boleh menimbulkan persepsi kurang senang dalam kalangan orang ramai. Kata Bella, busana rekaan Fizi Woo itu diambil tanpa sempat diteliti secara terperinci berikutan jadual yang padat.Peminat ambil berat dengan gaya penampilan Bella."Hi dear, tak mengapa sebab bukan kami sengaja. Manalah kami nampak begitu bila ambil baju itu daripada Fizi Woo. "Tambah pula Bella sibuk sangat tidak berkesempatan untuk terlampau lihat dengan begitu terperinci," katanya. Bella memberikan penjelasan itu menerusi mesej langsung (DM) di Instagram selepas menerima teguran daripada seorang pengikut berhubung busana tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: “Kena tahu batas dan adab pergi majlis orang” - Netizen bengang ‘makcik’ tarik leher nak cium pipi Bella AstillahARTIKEL BERKAITAN: “Dulu Ampang girl“ - Bella Astillah akui masih janggal pindah PJ lepas nikah Syed SaddiqIndividu berkenaan turut memuji penampilan Bella, namun berpendapat rekaan pakaian itu kurang sesuai sehingga mengundang kritikan netizen."Bella cantik baju ini tapi di Threads orang kecam. Sedihnya, dot (corak baju) itu macam ...," tulisnya. Sebelum ini, busana yang digayakan Bella menjadi perhatian ramai apabila reka bentuknya didakwa kurang sesuai kerana menampakkan bentuk di bahagian dada. Malah, pemilihan rona warna kulit pada pakaian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi apabila ia dikatakan memberikan ilusi seakan-akan memperlihatkan bahagian tubuh berkenaan.