suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dulu Ampang girl“ - Bella Astillah akui masih janggal pindah PJ lepas nikah Syed Saddiq

Bella akui masih dalam proses membiasakan diri melalui fasa baharu selepas berkahwin.

BERKONGSI fasa baharu selepas bergelar isteri, penyanyi dan pelakon Bella Astillah memberitahu salah satu perubahan terbesar yang dilalui adalah bertukar lokasi tempat tinggal.

Menurut Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, dia kini sudah berpindah masuk ke rumah suaminya iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang terletak di kawasan Petaling Jaya, Selangor.

"Dulu Ampang girl, sekarang PJ (Petaling Jaya).

Bella kini bahagia bergelar isteri Syed Saddiq. 

"Bagi saya perubahan besar sebab tak pernah. Sebenarnya dari umur tujuh tahun sampai umur 32 duduk Ampang," katanya.

Bella berkongsi perkara itu ketika dia tampil mengendalikan segmen 3 Pagi Era bersama penyampai Nabil Ahmad, Radin dan Azad pada pagi Jumaat.

Dalam segmen berkenaan, Bella turut mendapat kejutan ucapan istimewa daripada penyanyi asal Indonesia, Afgan, sempena pernikahannya bersama Syed Saddiq.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah tak campur urusan kerja suami, Syed Saddiq gembira bangun pagi ada isteri 

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu tugas saya sebagai suami” – Syed Saddiq pertahan Bella Astillah isu tak sekufu, mahu isteri gembira

Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq sah bergelar pasangan suami isteri dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada 10 Oktober.

Pasangan ini kemudian diraikan dalam satu majlis resepsi bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 18 Oktober.

Mereka dijangka akan turut mengadakan kenduri rakyat sebagai penghargaan kepada peminat yang akan berlangsung di Muar, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah.

Bella dan Syed Saddiq anjurkan kenduri rakyat bagi menghargai peminat. 

Dalam temu bual bersama media sebelum ini, Bella juga memberitahu masih dalam proses untuk membiasakan diri bergelar isteri kepada Syed Saddiq.

"Saya masih lagi menyesuaikan diri sebab berpindah ke rumah suami dan memulakan rutin baharu kami berempat. Suami seorang yang sangat simple," kongsinya.

Artikel Lain