PENYANYI dan pelakon Shajiry mengakui perlu bekerja keras mencari pendapatan tambahan bagi menampung kos rawatan isterinya, Yusnita Yusof, yang disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga sejak Februari lalu.Shajiry atau nama sebenarnya Mohamad Shajiry Damery, 53, berkata penyakit itu mula dikesan selepas isterinya pulang daripada mengikuti sebuah acara di Brunei. Menurutnya, Yusnita pada awalnya menyedari terdapat benjolan kecil pada payudara kirinya ketika sibuk menguruskan jualan roti di acara terbabit.Shajiry dan isteri usahakan perniagaan roti.Bagaimanapun, benjolan itu semakin membesar sehingga mendorong mereka mendapatkan pemeriksaan doktor sebaik pulang ke tanah air.“Dia mula menghidap kanser Februari lalu dan pembedahan pun sudah dilakukan. Ketika berada di Brunei, dia mula rasa ada biji kecil sahaja.“Ketika itu ramai orang dan jualan memang meletup. Dia seorang sahaja yang pandai membuat Ximoroti, jadi dia menguli seorang diri sehingga pelanggan terpaksa beratur.“Dia memang penat menguli. Apabila pulang dari Brunei, benjolan itu semakin besar. Kami terus membuat pemeriksaan dan doktor mengesahkan dia menghidap kanser,” katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Shajiry dah lama tunggu peluang bertanding, tak setuju GV malukan penyanyiARTIKEL BERKAITAN: Shajiry kecewa tiada tawaran seni, stesen TV lebih utamakan artis BBNU... “Jangan sampai kami tiada baru nak hargai”Susulan itu, Yusnita menjalani pembedahan membuang payudara kiri sebelum meneruskan rawatan kemoterapi dan radioterapi.Kini, isterinya sudah selesai menjalani rawatan berkenaan dan hanya perlu mengambil ubat mengikut saranan doktor.Menurut Shajiry, dia perlu mencari pendapatan tambahan kerana kos ubat isterinya sahaja mencecah kira-kira RM4,000 sebulan.“Bayangkan, harga ubatnya boleh mencecah ratusan ringgit untuk sebiji. Jadi, saya kena cari duit macam mana sekali pun. Rawatan diteruskan bagi menghalang sel kanser daripada membesar dan merebak ke bahagian lain.SHAJIRYPENYANYI/PELAKON“Itulah sebabnya saya terus berniaga dan kami juga mengusahakan jualan secara dalam talian. Memang susah dan agak sempit, tetapi saya kena terus berusaha."Apa boleh buat, kita perlu lalui semua ini. Dalam menghadapi penyakit ini, kita kena berusaha, tetapi pada masa sama perlu ikut nasihat doktor,” ujarnya.Dalam pada itu, Shajiry berkata dia memilih untuk mengikuti saranan doktor berbanding mencuba rawatan tradisional seperti yang dicadangkan sesetengah pihak.Shajiry lakukan pelbagai perkara untuk dapatkan wang ubatan isteri.Katanya, dia bimbang andai rawatan yang tidak bersesuaian boleh mendatangkan kesan terhadap kesihatan isterinya.“Saya memang ikut saranan doktor dan mendapatkan rawatan daripada pakar kerana mereka lebih tahu.“Sekarang ini, rawatan diteruskan bagi menghalang sel kanser daripada membesar dan merebak ke bahagian lain, termasuk darah dan tulang,” jelasnya.Berkongsi perkembangan terkini, Shajiry bersyukur apabila keadaan isterinya semakin baik selepas melalui pelbagai rawatan.Yusnita masih belum pulih sepenuhnya.“Alhamdulillah, dia sudah boleh kembali aktif, cuma masih lemah dan tidak boleh berdiri terlalu lama atau melakukan banyak kerja kerana nanti badan akan sakit.“Ubat yang diambil juga memberi kesan kepada tubuhnya kerana ia melibatkan hormon,” katanya.Sementara itu, Shajiry memaklumkan dia kini meneruskan perniagaan roti zemo dan bakal menyertai beberapa festival makanan di dua negeri pada bulan ini bagi menambah pendapatan keluarga.