suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neelofa betulkan salah faham dituduh enggan pulangkan duit tiket program agama

Neelofa jelaskan kekeliruan yang berlaku.

PENGACARA dan usahawan Neelofa tampil memperbetulkan kekeliruan berhubung dakwaan pihak penganjurnya enggan memulangkan wang tiket susulan pembatalan acara keagamaan yang diusahakannya bersama suami, Haris Ismail di Johor.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 37, menegaskan pihaknya sama sekali tidak memaksa mana-mana peserta untuk menerima penebusan barangan, sebaliknya proses bayaran balik sepenuhnya sedang dijalankan.

“Untuk rekod, proses pemulangan wang penuh untuk 65 peratus peserta kini sedang giat diproses. Manakala 20 peratus lagi bersetuju untuk menukar bayaran mereka kepada kredit kedai dengan nilai yang lebih tinggi daripada apa yang dibayar asal.

Bayaran kepada peserta sedang dilakukan pihak mereka. 

“Ada juga yang memilih untuk membawa ke hadapan bayaran mereka untuk acara yang seterusnya.

“Semua ini adalah pilihan yang kami tawarkan kepada peserta, bukannya keputusan yang kami paksa. Setiap peserta diberikan pilihan untuk membuat keputusan sendiri,” katanya melalui satu hantaran di Threads.

Sebelum ini, Neelofa dan Haris berdepan kecaman hebat di media sosial selepas beberapa pembeli tiket meluahkan rasa tidak puas hati berhubung pembatalan program berkenaan yang dijadualkan berlangsung di Rimbunan @ Forest City Golf Hotel, Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen berang! Neelofa & PU Riz batal acara agama, tiket penyertaan ‘ditebus’ dengan produk

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa lebih tenang tak tunjuk wajah anak, PU Riz tunggu sehingga boleh dakwah

Isu mula memuncak apabila timbul dakwaan peserta hanya diberikan pilihan sagu hati berupa barangan ganti seperti tiket wayang TGV, helaian pakaian dan baucar kredit kedai berbanding bayaran tunai.

Rata-rata netizen mempersoalkan tawaran penebusan barangan tersebut dan mendesak penganjur memulangkan semula wang memandangkan harga pas masuk yang dikenakan bukanlah murah.

Malah, segelintir warga maya turut mempertikaikan rasional pembatalan atas faktor cuaca memandangkan acara terbabit dijadualkan berlangsung di ruang tertutup.

Acara keagamaan yang dianjurkan Neelofa dan Haris terpaksa dibatalkan akibat jerebu. 

Pihak penganjur sebelum ini memaklumkan keputusan pembatalan program berkenaan terpaksa diambil selepas mengambil kira aspek keselamatan susulan keadaan jerebu dan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang membimbangkan di lokasi terbabit.

Difahamkan, tiket bagi menyertai program pengisian ilmu keagamaan itu sebelum ini dijual pada harga bermula RM150 hingga RM499 mengikut zon tempat duduk.

Artikel Lain