suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan sebab mengada-ngada, ini penjelasan saintifik kenapa wanita hamil susah buang rasa mengidam

Bukan saja-saja ya rupanya perasaan mengidam ni muncul dalam diri ibu yang sedang mengandung. -Gambar hiasan AI

SUDAH menjadi lumrah bagi kebanyakan wanita hamil mengalami fasa mengidam makanan tertentu.

Lazimnya, keinginan itu sememangnya sukar dipendam walaupun muncul pada waktu tengah malam.

Apabila berlaku situasi sebegini, keadaan tersebut sering kali dianggap sebagai hanya sekadar pembawakan budak atau kerenah manja sengaja dibuat-buat oleh si ibu.

Hakikatnya, kajian saintifik membuktikan keinginan melampau ketika mengidam itu sebenarnya berpunca daripada perubahan biologi yang berlaku pada otak.

Menerusi perkongsian di laman Threads, pempengaruh kesihatan mental, Amirul Ramli menjelaskan penyelidikan dijalankan pakar mendapati berlaku penurunan aktiviti neuron serotonin di bahagian otak dikenali sebagai dorsal raphe nucleus sepanjang tempoh kehamilan.

Menurutnya, hormon serotonin adalah hormon yang memainkan peranan penting dalam mengawal perasaan puas, lega dan rasa kenyang selepas makan.

"Apabila paras serotonin di bahagian tersebut menurun, keadaan itu akan memberi kesan kepada bahagian ventral tegmental iaitu kawasan otak yang mengawal dorongan kehendak, motivasi dan keinginan untuk mendapatkan sesuatu.

"Secara mudahnya, ketika hamil, sistem otak yang memberi isyarat 'aku nak benda ini' boleh berubah," jelasnya dalam satu hantaran di Threads.

Tambah Amirul, perubahan pada litar saraf atau neural circuitry itu secara tidak langsung menjelaskan mengapa keinginan terhadap sesuatu makanan terasa jauh lebih kuat berbanding ketika tidak hamil.

"Disebabkan perubahan biologi dan rangkaian saraf ini, sesuatu makanan itu terasa lebih memberi kepuasan sehingga kehendak tersebut menjadi jauh lebih sukar untuk diabaikan," ujarnya.

Di ruangan komen, rata-rata warganet menghargai perkongsian dibuat Amirul khususnya dalam memberi kesedaran berkaitan isu kehamilan.

"Benda-benda macam ini suami-suami tak nak belajar," kata seorang pengguna Threads.

"Memang betul terasa nikmat betul kalau dah dapat makan apa yang craving.

"Sampai kadang menangis gembira. Padahal kalau masa tidak mengandung, biasa je kalau makan," ujar seorang lagi pengguna.

Artikel Lain