MASALAH ejakulasi pramatang atau pancut awal boleh menjejaskan keyakinan sesetengah lelaki ketika bersama pasangan.Selain penggunaan produk tertentu, teknik pernafasan juga boleh menjadi salah satu pendekatan bagi membantu mengawal ketegangan dan menenangkan tubuh. Menurut doktor kesihatan lelaki, Dr Amir dari SuamiSihat Clinic, Subang Jaya, kaum Adam boleh menggunakan teknik pernafasan diafragma untuk meningkatkan kawalan ketika bersama pasangan."Jangan bernafas guna dada bila bersama. Tarik nafas dalam-dalam guna perut, hembus perlahan ikut mulut. Ini memaksa sistem saraf bertukar daripada mod cemas kepada mod tenang dalam 30 saat," kongsinya.Dalam perkongsian di Threads, Dr Amir turut berkongsi lanjut mengenai langkah yang perlu dilakukan untuk menggunakan teknik pernafasan berkenaan."Caranya mudah. Letakkan satu tapak tangan dekat dada dan satu lagi dekat perut. Prestasi yang lemah boleh menjejaskan keyakinan dan mencalarkan ego seorang suami. -Gambar hiasan AI"Masa tarik nafas perlahan ikut hidung selama empat saat, pastikan perut yang mengembung naik ke depan manakala dada kekal tenang dan tak berombak."Lepas itu hembus perlahan ikut mulut selama enam saat. Teknik ini terus aktifkan saraf vagus untuk turunkan degupan jantung dan elakkan refleks pancut awal secara semula jadi."Kuncinya waktu tarik nafas ikut hidung selama empat saat, fokus kembangkan ruang perut ke depan supaya otot diafragma turun ke bawah dan ahu kekal rileks," jelasnya lagi.Tambah Dr Amir, teknik pernafasan ini bukanlah untuk aktiviti bersama pasangan semata-mata, malah mempunyai manfaat kesihatannya yang tersendiri."Ilmu pernafasan diafragma dan penjagaan otot lantai pelvik ni bukan untuk bilik tidur semata-mata. "Amalkan waktu bersenam atau sebelum tidur pun bagus untuk jaga kesihatan jantung, kurangkan stress dan kekalkan aliran darah bawah sentiasa padu secara semula jadi," ujarnya.