MENGAMBIL inspirasi daripada panggilan nama BASS, penyanyi Bella Astillah tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul Bersama Aku Setia Selamanya yang buat pertama kali dipersembahkan semasa majlis resepsi perkahwinannya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada malam Ahad.Berkongsi kisah cinta mereka, Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, berkata lagu tersebut ditulis dengan indah oleh Hael Husaini. "Perancangan buat lagu ini agak singkat, terima kasih kepada Hael. Ia sungguh bermakna buat saya.Kenangan manis Bella menyanyikan lagu BASS di majlis resepsinya. "Hael yang tulis lirik dan dia minta penceritaan yang saya mahukan. Bayangkan saya hantar mesej di WhatsApp panjang lebar dan dia baca semuanya. Saya hantar mesej dan bukan voice note kerana mungkin ada yang boleh dijadikan lirik."Lagu ini hadiah buat suami," katanya.Melakukan persembahan istimewa itu pada majlis resepsi mereka, Bella mengakui gementar ketika pertama kali menyanyikan lagu tersebut secara langsung.ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah tak campur urusan kerja suami, Syed Saddiq gembira bangun pagi ada isteri ARTIKEL BERKAITAN: “Itu tugas saya sebagai suami” – Syed Saddiq pertahan Bella Astillah isu tak sekufu, mahu isteri gembiraSementara itu, berkongsi kemanisan fasa baharu dalam rumah tangga, Syed Saddiq, 34, memberitahu dia bakal membuat kejutan buat isterinya dengan memilih lokasi bulan madu mereka."Untuk bulan madu, lawatan pertama saya ke Parlimen sebab dewan akan bersidang sehingga Disember. Itu masih tanggungjawab utama saya selain tugas sebagai suami. Ada beberapa cuti singkat, saya ambil masa untuk bersama isteri dan anak-anak."Selepas sesi Parlimen barulah akan pergi berbulan madu. Lokasi tidak boleh beritahu kerana ia adalah kejutan buat Bella. Kalau bersama dengan orang yang tepat, ke mana sekali pun akan jadi tempat menarik," ujarnya.Syed Saddiq rancang pergi berbulan madu selepas tamat sesi Parlimen tahun ini. Sebelum itu, pasangan ini diraikan dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur kehadiran kira-kira 3,000 tetamu.Bella dan Syed Saddiq selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada 10 Oktober.Untuk rekod, Bella memiliki dua orang cahaya mata iaitu Mohamed Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6, hasil perkahwinan terdahulu bersama penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.