BUKAN kekayaan menjadi ukuran, sebaliknya sikap bertanggungjawab dan mementingkan keluarga membuatkan pelakon Emma Maembong jatuh hati terhadap kekasihnya, DJ Kidd.Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 34, berkata DJ Kidd seorang lelaki yang sanggup bekerja siang dan malam demi memberikan yang terbaik dalam hubungan mereka. Malah, aktres itu mengakui tersentuh dengan usaha lelaki berkenaan yang tidak pernah membiarkannya mengeluarkan wang ketika mereka keluar bersama."Dia seorang yang sangat kuat bekerja untuk mendapatkan sesuatu. Sanggup kerja siang malam untuk beri komitmen buat saya. Tak pernah sekali saya bayar makan atau perbelanjaan lain, semuanya dia yang bayar.DJ Kidd (kanan) sentiasa membuat Emma tertawa."Walaupun kadang-kadang pendapatannya tidak menentu tetapi dia tetap akan bayar. Jadi disebabkan itulah saya rasa rezeki dia mencurah-curah. "Insya-Allah mana tahu satu hari nanti dia akan kaya dan dia menjaga saya, kita tak tahu (masa depan). Tetapi saya tak pandang pun itu semua, yang saya pandang hanyalah hati dia saja. Jadi segala usaha yang dia tunjukkan itu membuatkan saya rasa ‘not bad’ (boleh tahan) juga,” katanya kepada mStar.Emma berkongsi perkara itu ketika ditemui di Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang diadakan di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam pada Ahad. Dalam pada itu, Emma berkata sikap DJ Kidd yang gemar membuatkannya ketawa turut menjadi antara faktor dia selesa menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong punca rezeki, DJ Kidd janji takkan lukakan hati kekasihARTIKEL BERKAITAN: [V] Emma dan bekas kekasih dah kembali bersama? Ini jawab Chacha MaembongMenurut Emma, sejak dahulu dia lebih mengutamakan seorang lelaki yang bertanggungjawab, pandai membawa diri dan mementingkan keluarga."Dia (DJ Kidd) seorang yang sangat bekerja keras dan suka buat saya ketawa. Dari dulu orang tanya apa ciri-ciri idaman lelaki yang saya nak."Jawapan saya adalah saya tak kisah dia kaya atau tidak yang penting dia perlu pentingkan keluarga, pandai bawa diri dan bertanggungjawab. Walaupun kadang-kadang pendapatannya tidak menentu tetapi dia tetap akan bayar.EMMA MAEMBONGPELAKON"Saya merupakan seorang yang pentingkan keluarga jadi semua itu ada pada dia walaupun pekerjaannya begitu (sebagai DJ) tapi insya-Allah kalau ada rezeki yang bagus akan jadi lebih baik," ujarnya.Sementara itu, Emma turut memberitahu dia tertarik dengan sifat kebapaan DJ Kidd yang disifatkan memahami keperluan anak-anak.Jelas Emma, pengalaman DJ Kidd yang mempunyai dua orang cahaya mata sendiri membuatkan lelaki itu lebih mudah menyesuaikan diri ketika bersama anak-anaknya"Sifat kebapaannya juga sangat tinggi. Dia pun sudah memiliki dua orang cahaya mata jadi bila dengan anak-anak saya, automatik dia tahu macam mana nak jaga budak-budak," katanya.Sebelum ini, ketika temu bual bersama media, DJ Kidd menyifatkan Emma sebagai insan yang banyak membawa rezeki dalam kehidupannya.Emma tidak memandang kekayaan dan kemewahan daripada lelaki.Kongsi DJ Kidd, aktres berkenaan sentiasa memberikan sokongan kepadanya meskipun ada pihak yang memandang rendah terhadap dirinya.Hubungan pasangan itu mula menjadi perhatian netizen sejak setahun lalu.Untuk rekod, pada Oktober 2024, Emma mendedahkan sudah bercerai dengan Muhammad Shazli Azhar selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 6, dan Shakil Aryan, 3 tahun.