AHLI kumpulan Floor 88, Eric Fuzi tampil mempertahankan kursus Citra Lakon Komedi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diajar oleh pelawak Shahrol Shiro susulan kritikan netizen yang melabel subjek berkenaan tidak berfaedah.Eric yang juga Presiden Persatuan Alumni Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) berpandangan, pengajian komedi di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) adalah penting bagi melahirkan generasi pelawak dan anak seni yang berpendidikan dan berilmu. "Supaya pada masa hadapan ramai pelawak, artis atau selebriti berpendidikan sikit. Tak buat lawak bodoh dan gunakan platform seni untuk perkara yang baik-baik."Ini semua usaha untuk memajukan minda masyarakat akan datang. Apa-apa cabang pun boleh diakademikkan. Akademik ini adalah tentang belajar dan buat kajian," katanya melalui satu hantaran balas di Threads. Kenyataan Eric di Threads. Sebelum ini, seorang pengguna media sosial menyelar perkongsian Shahrol dan menyifatkan subjek yang diajar pelawak tersebut sebagai satu pembaziran. "Secara peribadi, subjek sampah macam ini tak patut ada di universiti. Apa kebenda belajar nak buat lawak komedi," katanya. Komen tersebut ditulis berdasarkan perkongsian Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 42, yang menzahirkan keterujaannya apabila diberi tanggungjawab membimbing para pelajar menerusi kelas pertamanya dalam kursus Citra Lakon Komedi.ARTIKEL BERKAITAN: Eric letih terima mesej berpuluh peminat sehari, cukup berbual di ’group chat’ sajaARTIKEL BERKAITAN: Eric Fuzi kongsi pandangan isu artis muda tak jemput penyanyi senior, dedah ada beberapa kekangan... Floor 88 pula teringin sepentas KRU"Kelas pertama Citra Komedi UKM bersama mereka dan semangat untuk terus belajar sesuatu. Kita mula dahulu dengan perkara asas iaitu mengenali apa itu komedi dan bagaimana ketawa dapat memberi manfaat pada seseorang."Kemudian kita pergi ke perkara utama dalam komedi iaitu menguasai kemahiran bertutur agar setiap yang disampaikan jelas dan isi jenaka itu sampai."Terima kasih atas komitmen semua dan ajar saya cara tepuk budak Gen Z. Jumpa di kelas kedua nanti semua," katanya.Antara pelajar yang memasuki kelas yang diajar Shahrol. Pada 28 September lalu, Shahrol mengumumkan dia dilantik sebagai tenaga pengajar di UKM bagi Semester 1 sesi 2026/2027. Shahrol berkata, peluang tersebut memberi ruang kepadanya untuk berkongsi pengalaman dalam bidang komedi yang bukan hanya menghiburkan tetapi juga membina keberanian, keyakinan dan kemahiran komunikasi dalam kalangan mahasiswa.