suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Eric letih terima mesej berpuluh peminat sehari, cukup berbual di ’group chat’ saja

Eric beri amaran tegas kepada peminat.

SELEPAS sekian lama berdiam diri, penyanyi Eric tampil menegur tindakan segelintir peminat yang menghantar mesej ke nombor peribadinya kerana dianggap keterlaluan.

Anggota kumpulan The Boyz ini turut mendedahkan dia menerima puluhan mesej setiap hari dan meminta peminat menghentikan tindakan tersebut serta-merta.

"Maaf kerana membangkitkan hal ini. Saya minta jangan hubungi saya secara peribadi.

Eric harap peminat dapat memahami permintaannya. 

"Lama saya bertahan untuk mengatakan hal ini, tetapi ia menjadi semakin teruk. Saya menerima mesej daripada 20 hingga 30 orang sepanjang hari.

"Saya tidak membalas dan membiarkan sahaja, jadi tolong hentikan perbuatan ini. Saya hanya akan bercakap mengenai perkara ini sekali sahaja," tegasnya dalam satu mesej yang disampaikan menerusi aplikasi perbualan bersama peminat The Boyz.

Tambahnya, mesej yang diterima juga mengganggu urusan kerja harian, termasuk pesanan atau panggilan yang lebih penting untuk didahulukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Dong Wook anggap kerja rumah tanggungjawab lelaki, akui selesa hidup sendiri 

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang K-Pop disiasat polis, jalani rawatan pengamal perubatan tak berlesen

Eric bagaimanapun menghargai setiap sokongan peminat dan meminta mereka hanya menghantar mesej di platform yang telah disediakan.

"Saya hargai kata-kata anda semua, tetapi tolong hantar mesej di sini sahaja. Saya akan baca semua mesej anda. Faham?

"Tujuan saya bercakap mengenai perkara ini kerana mesej yang terlalu banyak mengganggu urusan kerja. Tolong jangan hubungi saya ketika waktu tidur," tegasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain