PENYANYI Sam Smith mendedahkan keputusan untuk tidak bergambar swafoto bersama peminat sebelum ini pernah menyebabkan dirinya mengalami kemurungan.Sam, 34, berkata keputusan itu dibuat bagi menjaga privasi namun dalam masa sama menjadikan dia berasa bersalah kerana seolah-olah mengecewakan orang ramai.Sam Smith seorang yang menjaga privasinya. Bagaimanapun selepas mendapatkan bantuan menerusi terapi, Sam kini mula melihat pertemuan bersama peminat daripada sudut lebih positif.“Sebenarnya saya sudah mula menemui kebahagiaan dan keseronokan apabila bertemu orang ramai.“Saya berada dalam keadaan yang sihat sekarang, jadi saya mampu menguruskan lebih banyak perkara. Jadi sekarang saya tidak kisah untuk bergambar dengan peminat semua,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau cucuk jarum bocor tak?” - Peminat sesak nafas tengok fesyen Sam Smith, tampil fesyen belon di Brit 2023ARTIKEL BERKAITAN: Sam Smith pernah dibuli kerana gemuk, nekad jalani rawatan sedut lemak pada usia 13 tahunDalam perkembangan lain, Sam bakal melancarkan album kelimanya berjudul Hazel Eyes pada 21 Ogos ini.Sam sebelum ini memberitahu album berkenaan merupakan sebuah surat cinta buat tunangnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube