suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sam Smith pernah dibuli kerana gemuk, nekad jalani rawatan sedut lemak pada usia 13 tahun

Sam kini bahagia dengan dirinya.

PENYANYI Sam Smith berkongsi pengalaman pernah menjadi mangsa buli kerana bertubuh gempal ketika berusia 13 tahun.

Sam, 33, berkata disebabkan kejadian itu dia terpaksa menjalani prosedur sedut lemak atau liposuction kerana mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Cerita Sam, semasa di bangku sekolah dia berdepan kesukaran untuk melakukan aktiviti seperti berenang. 

Sam berisi sejak kecil lagi.

"Nak tangani berat badan semasa kecil adalah perkara paling susah. Sebab itulah saya dibuli," katanya.

Menurut Sam, dia melakukan prosedur liposuction di bahagian dadanya dan terpaksa memakai pembalut dada hampir setahun.

Jelasnya lemak di bahagian dada membuatkan dia sering menjadi sasaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Digelar ‘Sam Smith Malaysia’, Shazriq Azeman kesal dituduh normalisasi LGBT gara-gara baju beropol

ARTIKEL BERKAITAN: Foto berkasut tinggi Sam Smith jadi perhatian

Katanya keputusan untuk membuat pembedahan itu turut mendapat sokongan ibu bapanya yang tidak sanggup melihat dia terus menjadi mangsa buli.

Walau bagaimanapun Sam kini mula menerima keadaan dirinya dan berasa bebas daripada terus dihantui kenangan zaman remaja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain