PENYANYI Titi DJ mendedahkan anak perempuannya, Stephanie Poetri telah membuat keputusan untuk tidak mempunyai anak atau memilih gaya hidup 'childfree' dalam perkahwinan.
Memetik laporan Kompas, Titi menghormati dan menyokong apa sahaja keputusan yang diambil oleh Stephanie dan suaminya yang kini menetap di Amerika Syarikat.
Menurut Titi, dia tidak menentang malah gembira dengan pilihan yang dibuat oleh anak perempuannya itu.

Titi tidak kisah sekiranya tidak menimang cucu.
“Dia tak mahu ada anak. Bagi dia dunia ini dah terlalu ramai manusia.
"Dia tak mahu anak-anaknya nanti hidup menderita dalam dunia yang makin tidak selesa didiami.
“Saya okey dan terima apa sahaja keputusan dia,” katanya.
Dalam pada itu, Titi menyifatkan keputusan itu membuatkan dia masih belum perlu dipanggil nenek seperti rakan-rakannya yang lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Youtuber dikecam pilih tak mahu anak kerana mahu kekal awet muda, netizen tuduh suami mati pucuk!
ARTIKEL BERKAITAN: Heboh isu ‘childfree’... Zulin Aziz tak rancang keluarga, anggap anak itu rezeki - “Tengok orang dulu beranak ramai”
"Kawan-kawan saya semua dah ada cucu, hanya saya saja belum. Jadi saya masih belum boleh dipanggil 'grandma',” ujarnya.
Titi bagaimanapun dalam nada berseloroh memberitahu walaupun Stephanie memilih untuk tidak mempunyai anak, dia tetap sudah mempunyai dua cucu iaitu kucing peliharaan anaknya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


