LAMA menyimpan rahsia, penyanyi Mahalini mengakui pengalaman menunaikan ibadah umrah buat kali pertama pada Januari lalu meninggalkan kenangan indah buat dirinya.
Menurut Mahalini atau, 25, dia merasa sangat terharu apabila doanya dimakbulkan Allah dalam masa yang singkat.
Berkongsi kisah itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini mendedahkan dia dilarang suaminya, Rizky Febian, untuk berasak-asak mencium Hajar Aswad memandangkan ketika itu sedang hamil tujuh bulan.

Mahalini mahu menunaikan umrah lagi.
Kecewa dengan keadaan tersebut, Mahalini bagaimanapun terus berdoa agar diberi peluang melihat makam Nabi Ibrahim.
"Bagai ada keajaiban, urusan untuk melihat makam tersebut dipermudahkan walaupun berdepan ribuan manusia.
“Saya cepat-cepat ke sana selepas suami saya suruh dan kemudian saya menangis," katanya memetik laporan Suara.com.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai 3 bulan bersalin dah langsing, Mahalini pun keliru macam mana boleh kurus
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas nikah semula, Mahalini umum hamil anak pertama
Dia turut berkongsi, sejak pengalaman tersebut dia mula percaya bahawa doa yang ikhlas tanpa paksaan lebih mudah diterima Allah SWT.
“Dari awal saya memang berserah, saya tak minta sesuatu yang spesifik, tapi lebih berkongsi kebimbangan saya kepada Allah,” ujarnya.
Untuk rekod, Mahalini secara rasmi memeluk Islam pada 8 Mei 2024, iaitu dua hari sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Rizky Febian.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


