suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelanggan merana digigit haiwan bertaring dalam panggung wayang, syarikat pawagam tawar pampasan 10 tiket percuma

Wanita dikenali sebagai Sujitraphon terpaksa ditahan di wad akibat mengalami luka gigitan pada kaki ketika menonton wayang. -Foto Thaiger/Facebook

PENGALAMAN menonton wayang bertukar mimpi ngeri buat seorang wanita apabila dia terpaksa ditahan di wad hospital selama dua malam akibat digigit haiwan misteri.

Lebih mengecewakan, wanita Thailand yang hanya dikenali sebagai Sujitraphon mendakwa pihak pawagam menawarkan 10 tiket wayang percuma sebagai pampasan atas kejadian yang menimpanya.

Menerusi satu hantaran di Facebook pada 2 November, Sujitraphon berkata insiden itu berlaku kira-kira pukul 9.30 malam, 29 Oktober lalu.

Menurutnya, ketika sedang asyik menonton filem, dia tiba-tiba merasakan sesuatu menyentuh kaki kirinya dan menyangka ia hanyalah tali beg tangannya.

Namun, sejurus mengalihkan kaki, dia tiba-tiba terasa seperti digigit sesuatu.

Sujitraphon berkata dia segera menyuluh untuk memeriksa bahagian kakinya sebelum mendapati terdapat darah pada luka gigitan berkenaan.

Dia bertindak keluar dari panggung untuk memaklumkan kejadian kepada kakitangan pawagam sebelum terus mendapatkan rawatan di hospital.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat dua kesan tusukan seperti taring haiwan pada kesan luka tersebut.

Menurut rekod perubatan, punca kecederaan dipercayai akibat gigitan haiwan tidak dikenal pasti, sama ada lipan atau ular.

Sujitraphon turut mendakwa keputusan ujian darah menunjukkan tanda-tanda jangkitan, menyebabkan dia perlu ditahan di hospital untuk menjalani pemeriksaan darah setiap enam jam.

Sepanjang dua malam mendapatkan rawatan, dia terpaksa membatalkan semua kelas tuisyen yang dikendalikannya menyebabkannya mengalami kerugian.

Apa yang mengecewakan, Sujitraphon berkata kakitangan pawagam yang menghubunginya memaklumkan syarikat terbabit tidak mempunyai polisi untuk memberikan pampasan dalam bentuk wang tunai.

Sebaliknya, pihak pawagam menawarkan 10 tiket wayang percuma kepadanya.

Dalam nada sinis, Sujitraphon mempersoalkan sama ada tawaran 10 tiket wayang percuma itu benar-benar setimpal dengan situasi yang dialaminya.

Sehingga hantaran itu dibuat, Sujitraphon berkata dia masih menunggu maklum balas daripada pihak pengurusan pawagam selepas dimaklumkan kakitangan bahawa kes berkenaan sudah dilaporkan kepada pihak atasan. -Agensi

 

Artikel Lain