suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Noh Salleh teringin duet Siti Nurhaliza, mahu konsert solo orkestra jadi acara tahunan

Noh Salleh idam untuk duet bersama Siti.

SEMPENA konsert Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra, penyanyi Noh Salleh memasang impian besar untuk menyaksikan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza hadir sebagai penyanyi jemputan di konsertnya itu. 

Sedar akan kedudukan dirinya, Noh, 41, menyuarakan hasrat tersebut sebagai tanda penghormatan tertinggi buat Siti yang tidak pernah melupakan bakat seninya dalam pelbagai acara berskala besar sebelum ini.

"Saya sedar siapalah Noh Salleh untuk mengharapkan Siti Nurhaliza ikut serta dalam konsert ini. Tetapi itu memang impian saya, bukan kerana statusnya semata-mata tetapi kerana beliau tidak pernah melupakan saya dalam banyak kegiatan seni termasuk konsert besarnya sebelum ini.

“Jadi dalam banyak situasi, saya memang akan mendahulukan Siti Nurhaliza sebagai satu tindakan sopan dan beradab daripada saya.

Noh hargai peluang yang diberikan Siti terhadapnya. 

“Sekiranya beliau bersetuju, saya sedia beri 'dulang lagu' dan beri kebebasan sepenuhnya kepada beliau untuk memilih sendiri lagu apa yang mahu dinyanyikan,” katanya melalui satu kenyataan media. 

Mengulas mengenai kerjasama bersama pengarah muzik terkemuka Aubrey Suwito, Noh menyifatkan kolaborasi tersebut sebagai satu pengiktirafan terbesar sepanjang kerjaya seninya.

“Konsert ini adalah penghormatan tertinggi buat saya kerana Aubrey Suwito yang saya segani datang meluahkan idea ini kepada saya.

“Beliau menegaskan tidak mahu kehilangan sentuhan persembahan saya sebelum ini. Aubrey masih mahukan karakter Noh Salleh yang mempunyai pengaruh 'French pop', tetapi diperkayakan melalui gubahan orkestra yang tidak mengganggu identiti asal saya,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Seni adalah untuk kami“ - Noh Salleh tak boleh nak puaskan hati semua, bakal duet Aina Abdul lagi selepas Sang Penikam

ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh selamat jalani pembedahan berisiko tinggi, alami masalah tulang belakang

Menyifatkan konsert berkenaan mempunyai nilai signifikan tersendiri bersempena sambutan dua dekad penglibatannya dalam industri muzik, vokalis kumpulan Hujan ini turut menyimpan hasrat untuk menjadikan penganjuran konsert solo berformat orkestra sebagai acara tahunan.

Bagaimanapun, Noh tidak menafikan cabaran besar yang perlu dihadapi adalah memastikan setiap pementasan baharu mampu menampilkan pembaharuan serta kualiti yang lebih baik berbanding sebelumnya.

“Saya cuba untuk menjadikan konsert ini sebagai acara tahunan, namun perjuangannya adalah memastikan setiap tahun ada kelainan daripada tahun sebelumnya. Ini merupakan kali kedua percubaan saya mengadakan konsert solo bersama orkestra selepas Dewan Filharmonik Petronas tahun lalu.

Noh bakal menyanyikan sebanyak 21 lagu. 

“Biasanya persembahan Noh Salleh lebih bersifat akustik bersama sebuah kugiran. Saya juga mempunyai sisi muzik yang lebih besar dan berkelas, namun sebagai pemuzik, kita sentiasa bergelut untuk membuktikan kita mampu jadi lebih baik dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Bakal mempersembahkan kira-kira 21 buah lagu, konsert yang dijadualkan berlangsung di Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada 8 November itu turut menyaksikan Noh berpadu suara bersama rakan duetnya Aina Abdul menerusi lagu hit mereka, Sang Penikam.

Konsert anjuran bersama Altus Prohouse dan CK Star Entertainment ini menawarkan tiket berharga antara RM188 hingga RM788 yang boleh didapati menerusi platform tiket rasmi.

Artikel Lain