PENYANYI Noh Salleh tidak begitu kisah tentang pandangan segelintir pihak yang meluahkan rasa kurang senang dengan penghasilan video muzik (MV) lagu Sang Penikam yang mula dilancarkan pada 23 Ogos.Bagi Noh, 41, penghasilan rakaman tersebut merupakan satu bentuk seni dan tidak seharusnya dibatasi dengan tanggapan negatif. "Seni kami adalah untuk kami dan bukan mahu senangkan semua orang. Kalau nak puaskan hati semua orang, tak gerak.Noh sedar MV Sang Penikam mendapat pelbagai reaksi. "Terserah apa orang nak cakap sekali pun," katanya ringkas.Noh ditemui ketika sesi temu bual memperkenalkan program terbaharu Borneo Rising yang turut menampilkan dirinya sebagai salah seorang juri.Bercerita lanjut, penyanyi ini memberitahu idea MV tersebut merupakan terjemahan visual ketika dia menulis lagu berkenaan yang pernah dirakamkan sekitar tahun 2014.ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh bersyukur lagu duet Aina Abdul ‘menjadi‘ ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan tanpa sengaja dengan peminat ubah pemikiran Aina Abdul, gunung berapi simbolik kemarahan lagu ‘Kamu’ Menerusi versi terbaharu, Noh merakamkan lagu berkenaan dengan turut menampilkan kolaborasi bersama penyanyi Aina Abdul."MV itu adalah visual sebelum saya menulis lagu ini. Saya berbincang betul-betul dengan pengarah untuk indahkan sebab lagu ini sangat istimewa."Di mata saya, MV ini adalah impian menjadi kenyataan," kongsinya.Noh dan Aina bakal rakam lagu duet baharu bersama. Sementara itu, bercakap tentang kolaborasi bersama Aina, katanya idea mula tercetus sekitar tiga tahun lalu namun mengambil masa lama untuk direalisasikan dalam bentuk rakaman baharu.Noh juga memberitahu dia sekali lagi bakal merakamkan lagu baharu bersama Aina dalam masa terdekat."Idea rakam dengan Aina datang tiga tahun lalu, tetapi Tuhan mengatur masa yang sesuai sekarang. Saya jumpa Aina dan katanya dia seorang peminat serta menyukai lagu Sang Penikam."Saya kena kantoikan sekarang bahawa kami akan rekod lagu baharu. Lagu tersebut saya lihat sebagai kesinambungan Sang Penikam," kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube