suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertemuan tanpa sengaja dengan peminat ubah pemikiran Aina Abdul, gunung berapi simbolik kemarahan lagu ‘Kamu’ 

Aina tampil dengan persembahan untuk kepuasan peminat.

KATA-KATA daripada seorang peminat yang tidak dikenali menjadi pendorong buat penyanyi Aina Abdul tampil dengan sebuah persembahan berskala besar di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) yang berlangsung pada malam Sabtu.

Kata Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 33, pertemuan tanpa sengaja dengan individu berkenaan telah mengubah fikirannya untuk memberikan sebuah konsep persembahan yang berbeza daripada apa yang biasa dilakukan sebelum ini.

"Selepas beberapa perbincangan dengan pasukan, saya bertanya kepada diri sendiri sama ada patut buat persembahan all out atau sebaliknya. Tetapi Allah beri petanda itu secara perlahan-lahan. Ketika hendak buat keputusan itu, ada makhluk Allah datang beritahu saya patut buat begitu dan begini.

Aina terjemahkan maksud lagu Kamu dalam persembahan dengan simbolik gunung berapi. 

"Saya jumpa seseorang yang membuatkan saya bertukar fikiran 100 peratus. Saya jumpa dia di sebuah pusat membeli-belah dan ketika itu saya sedang menangis. Lelaki itu beritahu saya patut buat mengikut cara sendiri. Itu membuka mata saya.

"Jadi saya buat keputusan untuk dengar kata hati dan berikan apa yang orang mahu selain melakukan apa yang sepatutnya Aina Abdul buat," katanya.

Menurut Aina, dia bertemu dengan lelaki berkenaan sebulan sebelum AJL40 berlangsung dan perkara itu membuatkan perancangan asal yang hanya untuk membuat persembahan berskala kecil diubah pada saat-saat akhir.

ARTIKEL BERKAITAN: K.O.I juara AJL40, Marsha Milan menang vokal terbaik 

ARTIKEL BERKAITAN: Tahun ini lebih tenang, Aina Abdul tak letak harapan menang AJL40

Menerusi persembahan lagu Kamu di pentas AJL40, Aina memenangi kategori Anugerah Persembahan Terbaik dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 selain trofi.

Bercakap tentang konsep gunung berapi yang disampaikan, katanya, ia sesuai dengan maksud lagu berkenaan.

"Memang nak tampil dengan konsep gunung berapi tetapi sebelum ini belum buat keputusan nak buat secara berskala besar atau kecil.

Aina memukau penonton menerusi persembahan lagu Kamu di pentas AJL40. 

"Simbolik gunung berapi kerana lagu ini tentang kemarahan dan pengkhianatan. Selain api, saya berfikir tentang apa lagi elemen yang lebih mendalam. Saya tak mahu idea yang orang boleh jangka. Sebuah rasa marah datang dari gunung berapi," kongsinya.

Malah, kemuncak AJL40 menjadi lebih bermakna buat Aina apabila dia memenangi kategori Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee dengan hadiah wang tunai RM50,000 selain dipilih mewakili Malaysia ke pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain