MENYEDARI lagu Tiwikarma antara karya yang menjadi pilihan ramai, kumpulan K.O.I bagaimanapun tidak meletakkan sebarang harapan untuk merangkul gelaran pemenang di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) yang berlangsung pada malam Sabtu.Menurut salah seorang anggotanya iaitu Mya, apa yang penting bagi mereka adalah memberikan persembahan terbaik untuk menyampaikan mesej dalam lagu tersebut selain menghiburkan peminat yang hadir di Unifi Arena, Bukit Jalil. "Dalam beberapa minggu ini ada lihat orang sudah mula bercakap. Ia sedikit sebanyak memberi tekanan juga kepada kami, namun semua itu kami tolak tepi dan tak fikir untuk menang.K.O.I mahu sampai mesej dalam lagu buat peminat. "Kami hanya mahu membuat persembahan dengan baik dan cukup mesej lagu ini sampai kepada pendengar," katanya.Lagu tersebut diumumkan sebagai pemenang AJL40 sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.Sebelum nama pemenang diumumkan, Unifi Arena sudah bergema dengan sorakan nama mereka yang dijangka bakal mengungguli trofi berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: K.O.I juara AJL40, Marsha Milan menang vokal terbaik ARTIKEL BERKAITAN: Ramai teka bakal juara AJL40... Neelofa pula senaraikan nama Aina, Aisha dan K.O.IBercakap tentang persembahan pada malam berkenaan, konsep dan persiapan dilakukan bersama dengan usaha mereka sendiri."Kami memang tidak meletakkan harapan tinggi. Muzik video lagu ini pun kami yang buat sendiri. Kami juga yang menjadi kru untuk persembahan pada malam ini."Kertas yang jatuh dari bumbung arena juga kami potong sendiri. Semuanya berjumlah 200,000 keping potongan kertas yang tertulis mesej. Kami hanya mahu membuat persembahan dengan baik dan cukup mesej lagu ini sampai kepada pendengarK.O.IPENYANYI"Sebagai kumpulan baru, kami tidak fikir perlu melabur untuk persembahan ini," jelas seorang lagi anggotanya iaitu Achoi.Biarpun bergelar pemenang AJL40, kumpulan ini juga tidak mahu ia menjadi satu tekanan buat mereka dalam menghasilkan karya-karya akan datang.Bagi lima sahabat ini, semua lagu yang dihasilkan adalah mengikut minat sendiri dan terpulang kepada pendengar untuk menerimanya.K.O.I dianggotai oleh Tuan Ricky (kiri), Achoi, Mya Nana, Hemo Globin dan Khaza Raflex. "Kalau nak fikir tentang orang lain, susah untuk kami keluarkan karya baharu. Kami fikir nak buat yang terbaik sahaja. Kami buat ini sebagai minat dan akan teruskan," jelas seorang lagi anggota iaitu Khaza Raflex.Lagu Tiwikarma merupakan hasil ciptaan Zai Hamzah dan Hemo Globin.Manakala liriknya ditulis oleh Achoi, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana dan Sapik Sam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube